CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Terengganu] Polis sita aset RM4.3j milik pengedar dadah di Terengganu

[Copy link]
Post time 12-4-2022 11:40 AM | Show all posts |Read mode

Kuala Terengganu: Polis Terengganu menyita tujuh lot tanah di beberapa lokasi sekitar negeri ini termasuk yang menempatkan 10 unit chalet dengan nilai keseluruhan RM4.3 juta, yang disyaki diperoleh daripada pendapatan kegiatan mengedar dadah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejayaan itu susulan penangkapan dua suspek pengedar membabitkan rampasan dadah disyaki jenis ganja seberat 541.18 gram dan syabu seberat 46.7 gram pada 9 Disember 2020.

"Satu siasatan kewangan dijalankan ke atas kedua-dua suspek oleh Bahagian Pelucuthakan Harta Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu, yang pada permulaan kes ini tiada sitaan dibuat.

"Siasatan lanjut melalui penjejakan harta melalui bank dan institusi kewangan berjaya menemukan pemilikan tujuh harta tak alih oleh suspek yang diperoleh secara pembelian meragukan," katanya dalam kenyataan malam tadi.


Katanya, satu daripada lot tanah disita ialah di Batu Rakit di Kuala Nerus dengan keluasan 9,105 meter persegi termasuk 10 chalet yang dibina di atas tanah berkenaan dengan anggaran nilai RM900,000.

Rohaimi berkata turut disita, beberapa lot tanah termasuk di Kemaman, Dungun dan Marang.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan harta berkenaan adalah terbesar membabitkan pengedar dadah di negeri itu.

"Polis Terengganu di bawah JSJN akan meneruskan penyiasatan penjejakan harta ke atas semua sekutu pengedar dadah dan memastikan semua aset ini dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia," katanya. -- BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... dadah-di-terengganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103267 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39982 Replies : 245
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 179435 Replies : 4068
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1949 Replies : 7
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7377 Replies : 82
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22291 Replies : 128
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14693 Replies : 100
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73353 Replies : 2952
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5457 Replies : 21
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3804 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.842470 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list