View: 1439|Reply: 1
|
[Perak]
Dua hari terperangkap atas pokok
[Copy link]
|
|
SEEKOR kucing terperangkap selama dua hari di atas pokok di Kampung Tersusun Sungai Buloh. FOTO ihsan bomba
Sungai Siput: Khidmat pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap selama dua hari di atas pokok di Kampung Tersusun Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan 8.45 pagi tadi yang memaklumkan seekor kucing terperangkap di pokok.
Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput mendapati kucing berkenaan berada di pokok pada ketinggian kira-kira lima meter.
"Berdasarkan maklumat daripada pemanggil, kucing itu berada di atas pokok selama dua hari.
"Bomba bertindak menurunkan kucing menggunakan tangga dari jentera," katanya menerusi kenyataan selain menambah operasi diketuai Mohd Fauzi Hashim itu ditamatkan jam 9.10 pagi tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erangkap-atas-pokok |
|
|
|
|
|
|
|
kucing rupenyer...tajuk mak aiii tipah tertipu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|