CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1818|Reply: 8

[ILMU MUDAH]: KAWASAKI DISEASE, Sedikit Info

[Copy link]
Post time 10-4-2022 06:51 AM | Show all posts |Read mode
Kawasaki Disease (KD) ialah suatu inflammatory syndrome (Sy) yg berlaku pada kanak-kanak terutamanya yang bawah umur 5 tahun. KD juga dikenali sebagai Mucocutaneous Lymph Node (LN) Sy. Ianya agak rare tetapi amt perlu untuk didiagnose dengan tepat kerana komplikasinya adalah serious.
Ianya adalah fatal kepada 2-3% dari kes kes yang berlaku.


KD berlaku dalam 3 fasa, dan dibawah adalah symptoms nya:


Fasa Acute:
1) Demam tinggi dimana demam ini tidak akan diturunkan jika pun paracetamol atau ibuprofen atau kedua2nya digunakan; demam ini boleh berlanjutan hingga 2 - 3 minggu
2) Rash yang mungkin agak sukar untuk dibezakan dengan rash dari sebab-sebab lain
3) LN* yang membengkak tetapi tidak sakit bila disentuh (apa2 pun sebabnya, sila segera bawa ke Hospital untuk rule-out Lymphoma)
4) Tangan dan kaki membengkak menjadi merah dan besar; ianya juga sakit, dan kanak-kanak tadi tidak mahu berjalan atau merangkak
5) Lidah boleh bertukar mendapat perubahan yang digelar Strawberry Tongue

Fasa Sub-Acute (Setelah 2-4 Minggu):
Kanak-kanak malang tadi mula kelihatan pulih dan demam mula menurun, tetapi:

1) masih tidak sihat sepenuhnya dan kelihatan penat
2) masih sakit tangan kaki nya
3) boleh dapat diarrhoea, sakit perut
4) sakit-sakit sendi
5) jaundice* (kuning - apa2 pun sebabnya, sila segera bawa ke hospital)
6)  kulit tangan dan kaki mula menggelupas

Fasa Convalescent (Setelah 4-6 Minggu):
Semua symptoms dan signs mula hilang tetapi kanak-kanak tadi masih lagi lemah dan cepat letih

Komplikasi:
Komplikasi utama KD ialah pada jantung, dan ini amat ditakuti. Ianya berlaku dalam Fasa Acute dan KD perlu didiagnose dengan tepat agar komplikasi ini dapat dipantau dan regime monitoring yang sesuai di-implementkan terhadap kanak-kanak tadi.

Komplikasi ini termasuklah:
1) degupan terlalu tinggi (Tachycardia)
2) jantung berair (cairan terkumpul didalam kantung yang meliputi jantung ie Pericardial Effusion)
3) inflammasi otot-otot jantung (Myocarditis)
4) bengkak iaitu aneurysm pada coronary vessels
5) heart attack
6) bengkak iaitu aneurysm pada blood vessels
7) aneursyms tadi pecah lalu berlaku rapid internal bleeding yang serious

Treatmentnya perlu dilakukan di specialist centres agar pemantauan rapi dilakukan dan mungkin melibatkan Paediatric Cardiologists. Regime treatmentnya mungkin termasuk lah Aspirin adn Immunoglobulin infusions yang, walaupun free di UK, adalah sangat mahal di Malaysia.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 07:32 AM | Show all posts
maaf
1-adakah ia bakteria? dr mn berjangkit?
2- so lepas 5 tahun ade kebarangkalian boleh kena?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2022 08:00 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 10-4-2022 07:32 AM
maaf
1-adakah ia bakteria? dr mn berjangkit?
2- so lepas 5 tahun ade kebarangkalian boleh kena?

Good questions Musang


1-adakah ia bakteria? dr mn berjangkit?Ans: tidak dan tidak.
KD bukan di cause oleh bacteria; KD bukan penyakit berjangkit.
Most likely ada issue genetics pada nya (ini jelas bila kita lihat dari segi statistics bahawa ianya lebih banyak dikalangan sesetengah kaum eg Koreans, Japan dan set set di Utara pada Asia Tenggara
[sebahagian besar penyakit manusia adalah non-infectious eg darah tinggi, diabetes, sakit jantung, cancers, arthritis etc)

2- so lepas 5 tahun ade kebarangkalian boleh kena?

Ans: ya
Pada generalnya, ianya adalah penyakit bagi kanak-kanak beruisa 5 tahun kebawah.
Majoritynya adalah bawah umur 2 tahun.
Namun, mereka yang berumur lebih 5 tahun juga ada, malah over 10yo pon.
Jika umur2 sebegini, KD mereka adalah:
i- selalu terdelayed diagnosisnya
ii-selalu nya dalam boys
iii-lebih banyak complications pada Coronary Artery mereka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak i doctor dah off kan aspirin. Tapi badan anak sentiasa on off panas mcm nk demam. Kejap sejuk kejap panas. Dah bertahun. Masa Kena umur 10 bulan. Skg dah 3 tahun. Kenapa ye? Perlu ke jumpa balik doc yg handle kes anak i?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:47 AM | Show all posts
thank you for the info.. baca ni sebab anak amyra rosli tu kena.. kesian.. pernah dgr n tgk dkt drama2 dctor. tapi tak pernah nak baca lanjut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2022 02:09 PM | Show all posts
mawarika replied at 11-4-2022 07:25 AM
Anak i doctor dah off kan aspirin. Tapi badan anak sentiasa on off panas mcm nk demam. Kejap sejuk k ...

oooo anak saudari ada KD
sebab ianya di diagnose awal dan di treat awal, maka risiko utk aneurysm adalah lebih rendah
jika ada lagi fever, kena sound pada paediatrics yg jaga dia
masa follow-up nnt kena ckp that awak risau pasal risiko heart complications nya
tekankan yg ini pada docs tu
biar mereka tahu what are your concerns
if ada fluctuating fever yes i would sound pada paeds yg jumpa your child
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-4-2022 02:13 PM | Show all posts
freyayong replied at 11-4-2022 08:47 AM
thank you for the info.. baca ni sebab anak amyra rosli tu kena.. kesian.. pernah dgr n tgk dkt dram ...

sama-sama
no probs
jika baca major info cukuplah
agar kita peka
take home message is that jika kids kita ada fever yg mau turun dgn paracetamol atau ibuprofen atau kedua2 skali dan ada rash, asyik nangis tak mau merangkak or main, bawak la jumpa paeds
take home message number 2 is make sure bawak kids yg ada KD utk long term follow up dgn paeds utk reduce heart complications
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca komen2 kat fb penyakit ni dah lama juga ya sejak anak artis kena baru la masing2 bercerita. Tahun 1989 pun dah ada.
Ada yg kena masa umur 20 tahun doktor pun pelik. Risau plak sbb beri kesan pd jantung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2022 10:08 AM | Show all posts
Suchi replied at 15-4-2022 12:07 AM
Baca komen2 kat fb penyakit ni dah lama juga ya sejak anak artis kena baru la masing2 bercerita. Tah ...

penyakit nya lama doh
cuma berjaya di define dalam tahun 60s ke 70s
lupa bila

20 tahun baru diagnose? mungkin wrong diagnosis, atau dalam system perubatan yg lemah ie missed diagnosisnya awal2 dulu
ataupun ianya bukan KD sebtul tetapi mcm variant gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.519353 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list