Setelah kenal dengan orang nogori, baru tau mereka buat sambal tumis ikan bilis bubuh santan. Sambal tu cair sikit dan banyak hirisan bawang besar. Selalu dibuat cicah dengan pulut. Buat sambal nasi lemak pun boleh. Ini rasanya masakan orang nogori asal. Mereka kan suka lemak2 manis santan dan tak silap tidak bubuh gula dalam sambal tumis
ya mmg betul org n9 letak santan dlm sambal. tekak derang tak boleh tinggalkan santan. dan betul juga dlm sambal byk bawang. ikan bilis ciput. kuis2 bawang baru jumpa ikan bilis. sambal ni makan dgn pulut. setiap pagi pun derang boleh hadap menu yg sama. itulah kenangan sy masa kecik2 bila balik kg. tang pulut sy kurang berkenan sb selalunya pulut keras sikit.