CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Terengganu] Terpaksa jual lembu kesayangan

[Copy link]
Post time 4-4-2022 01:16 PM | Show all posts |Read mode

IBRAHIM bersama lembu baka limosin kesayangannya yang terpaksa dijual. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: "Saya terpaksa menjual sebahagian ternakan yang ada kerana kos makanan yang semakin meningkat sekarang," kata Ibrahim Mohamad.

Warga emas dari Kampung Gong Pok Maseh itu antara penternak lembu baka paling banyak dan lama di negeri ini dan turut terkesan dengan kenaikan harga makanan lembu di pasaran.

Ibrahim, 70, berkata, dia sudah buntu memikirkan isu kenaikan harga makanan ternakan yang tidak terkawal.

"Lembu baka limosin yang paling saya sayang dan dianggarkan seberat lebih 1,000 kilogram atau 1 metrik tan antara yang terpaksa dijual.

"Saya mempunyai 13 lembu baka Charolais, Limosin dan Belgian Blue.

"Kenaikan harga makanan lembu terkini paling tinggi sejak 39 tahun saya bergiat dalam penternakan lembu baka itu," katanya.

Tambahnya, dia memperuntukkan RM300 hingga RM400 sebulan untuk membeli makanan lembunya sebelum ini.

"Sekarang harga makanan lembu meningkat seterusnya kos bulanan juga meningkat hingga lebih RM500 sebulan.

"Jika hanya harapkan rumput minyak memang tidak memadai malah lembu baka juga lambat gemuk dan lebih teruk beratnya boleh susut.

"Oleh itu saya terpaksa menjual beberapa ekor lembu kesayangan itu bagi memastikan sebahagian lembu yang masih kecil dapat dibekalkan makanan seperti biasa," katanya.

Menurutnya, biarpun cabaran menternak lembu baka cara kandang fidlot itu semakin hari semakin meningkat namun kegiatan penternakan itu tetap dijalankan.

"Penternakan lembu baka sudah sebati dalam kehidupan saya, walau apa pun cabarannya saya tetap akan meneruskan penternakan itu sampai bila-bila," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... al-lembu-kesayangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 163834 Replies : 3947
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5074 Replies : 70
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26622 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19834 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102704 Replies : 2875

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.424389 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list