CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Perlis] Rindu para perantau warga Thailand

[Copy link]
Post time 23-3-2022 12:11 PM | Show all posts |Read mode

NORLELA AYOB menunjukkan kedudukan daerah Ranong di telefon pintarnya di Titi Tinggi, Padang Besar, Perlis hari ini. - UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR

   

PADANG BESAR: Ramadan yang bakal tiba bulan depan menjadi detik cukup istimewa bagi Abdul Wahab Abdullah, 30, apabila berpeluang bertemu semula dengan ibu bapa dan adik lelakinya selepas dua tahun tidak bersama ekoran penutupan pintu sempadan negara.

Malah pembukaan sempadan negara pada 1 April depan menjadi khabar yang cukup gembira buat Abdul Wahab selepas sekian lama terpaksa menanggung rindu terhadap insan kesayangannya itu.

Bapa Abdul Wahab adalah penduduk negara ini dan berkahwin dengan ibunya yang berasal dari wilayah Pattani, Thailand dan mereka sekeluarga menetap di Padang Besar di sini.

Namun, mereka terpisah apabila kedua ibu bapa dan adiknya itu pulang ke kampung di Pattani beberapa hari sebelum kerajaan mengumumkan penutupan sempadan dan terkandas di situ sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, mereka hanya berhubung melalui panggilan telefon dan video selain dia mengirim wang belanja kepada ibu bapanya itu melalui rakannya yang berulang-alik ke Thailand atas urusan kerja membawa lori dagangan.

“Pada mulanya, kami semua sangka pintu sempadan hanya ditutup dalam tempoh dua minggu sahaja dalam tempoh pandemik Covid-19 sebelum ini, namun keadaan berlaku sebaliknya sehingga lebih dua tahun.

“Selepas sekian lama tidak berjumpa, perasan rindu itu sangat menebal. Alhamdulilah selepas pintu sempadan kembali dibuka saya dapat bertemu kembali ibu bapa saya.

“Selepas dua kali Ramadan tidak dapat bersama, Ramadan tahun ini cukup bermakna
untuk disambut bersama,” luah Abdul Wahab yang juga seorang peniaga kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, seorang peniaga yang hanya dikenali sebagai Mek Su, 36, berkata, dia tidak bertemu ibu dan bapa di Pattani sejak lebih dua tahun ekoran sempadan ditutup.

Dia yang berkahwin di sini sejak 15 tahun lalu berkata, bagi melepas kerinduan, mereka sentiasa berhubung melalui panggilan video.

“Sebelum ini, setiap dua atau tiga bulan saya pastinya akan pulang ke kampung membawa anak-anak bertemu ibu bapa dan adik-beradik lain. Malah, bulan Ramadan adalah paling dinantikan apabila dapat meraikan bersama khususnya pada awal puasa. Alhamdulilah, sebaik sahaja pintu sempadan dibuka, saya akan pulang ke kampung,” katanya.

Seorang pelajar, Norlela Ayob, 17, pula berkata, dia terlalu rindu untuk pulang bertemu sanak-saudaranya di wilayah Ranong, Thailand setelah dua tahun tidak ke sana.

“Biasanya, saya akan pulang bercuti di Ranong (kampung keluarga ibu dan ayah) apabila cuti panjang, namun kini hanya mampu bertanya khabar melalui aplikasi Messenger.

“Pembukaan sempadan (1 April) iaitu beberapa hari sebelum Ramadan membuatkan saya tidak sabar bertemu saudara-mara di sana (Ranong). Sambutan Ramadan di sana juga agak meriah,” katanya. –UTUSAN ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.040050 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list