CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Perlis] Hina Raja Perlis dan Mufti: Bekas exco lapor polis

[Copy link]
Post time 23-3-2022 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Kangar: Bekas exco Perlis, Datuk Ahmad Bakri Ali hari ini membuat laporan berhubung tindakan seorang lelaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan dan tidak beradab menerusi laman Facebook terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ahmad Bakri membuat laporan itu bersama dua rakannya pada 3.17 petang di Balai Polis Kangar.

"Saya terpanggil untuk membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya perkara ini disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

"Seorang pengguna Facebook telah menulis perkataan yang memperlekehkan, menjatuhkan maruah serta memalukan terhadap Raja Perlis dan Jabatan Mufti Negeri Perlis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata polis telah mengenal pasti lokasi suspek dan sedang mendapatkan bantuan daripada PDRM di sebuah negeri untuk menahannya.

"Alamat rumah suspek dan bukti sudah dikenal pasti. Kita akan tangkap suspek dengan segera atau suspek yang akan serah diri sendiri," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.268370 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list