CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Pulau Pinang] 88 peratus murid hadir ke sekolah di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 22-3-2022 05:31 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL RASHID Abdul Samad (kiri) ketika melancarkan Pelan Pemerkasaan Transformasi Pendidikan Pulau Pinang di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.

  

GEORGETOWN: Trend kehadiran murid ke sekolah rendah pada sesi persekolahan yang baru dibuka semalam di Pulau Pinang disifatkan terbaik iaitu pada kadar 88 peratus daripada keseluruhan lebih 120,000 murid.

Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, kadar peratusan murid yang agak tinggi ke sekolah itu menunjukkan ibu bapa mempunyai keyakinan menghantar anak-anak mereka kembali ke sekolah pada masa ini.

“Secara keseluruhan, Pulau Pinang mempunyai lebih 120,000 orang murid di 270 sekolah rendah dan peratusan mereka yang hadir pada hari pertama sesi persekolahan adalah pada kadar 88 peratus.

“Ini adalah satu pencapaian yang terbaik dan memberi petunjuk ibu bapa yakin menghantar anak masing-masing ke sekolah,” katanya selepas melancarkan Pelan Pemerkasaan Transformasi Pendidikan Pulau Pinang di sini hari ini.

Pelan transformasi itu yang bertunjangkan tiga teras utama, sembilan matlamat strategik, 15 petunjuk prestasi utama (KPI) dan 27 aktiviti berimpak tinggi menjadi teras utama Jabatan Pendidikan dalam menerajui pendidikan di Pulau Pinang.

Menurut beliau, dalam berdepan dengan situasi Covid-19, semua pihak termasuk komuniti, ibu bapa, guru dan lain-lain pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan murid-murid selamat sepanjang berada di sekolah.

“Peranan membendung penularan Covid-19 tidak hanya terletak pada guru semata-mata, semua pihak perlu bersama-sama mencegah penularan di sekolah,” katanya.

Tambahnya, aktiviti kokurikulum di dalam sekolah juga telah dibenarkan pada masa ini dan merupakan berita baik untuk semua pelajar dan murid untuk sentiasa cergas di sekolah.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan meneruskan sesi libat urus bersama ibu bapa serta agensi yang berkaitan bagi memberi keyakinan membenarkan anak-anak mereka menerima vaksin Covid-19.

Katanya, beliau berharap sesi libat urus itu dapat memberikan lebih keyakinan kepada ibu bapa berhubung suntikan vaksin Covid-19 dalam usaha membendung penularan wabak tersebut.

“Kita telah mengadakan dua sesi libat urus sebelum ini dan hasilnya jumlah murid yang mendapatkan vaksin meningkat.

“Jadi, kita menerusi sekolah-sekolah akan meneruskan sesi libat urus ini supaya lebih ramai ibu bapa mendapat maklumat berhubung vaksin Covid-19, kerana difahamkan jumlah murid-murid menerima vaksin masih belum memuaskan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.191218 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list