CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 1

[Terengganu] Boleh dikenakan tindakan tatatertib

[Copy link]
Post time 22-3-2022 05:11 PM | Show all posts |Read mode

Rohaimi dan Sunthari (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang anggota wanita yang menghidapi penyakit kronik pada Majlis Perasmian Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) Kontinjen Terengganu. - Foto NSTP/Zaid Salim

KUALA TERENGGANU: Pegawai dan anggota polis yang menyalahguna media sosial untuk tujuan mempromosikan diri atau produk dengan lengkap berpakaian seragam adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi, berkata tahun ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kesalahan itu dalam kalangan pegawai dan anggota polis Kontinjen Terengganu.

"Sebelum ini, Bukit Aman sudah mengeluarkan pekeliling mengenai perkara itu (penyalahgunaan media sosial dalam kalangan pegawai dan anggota).

"Jadi, setiap anggota atau pegawai yang mempromosi diri atau produk dengan berpakaian seragam, bertujuan menarik lebih banyak tanda suka adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

"Bagaimanapun, penggunaan saluran media sosial dengan berpakaian seragam dibenarkan untuk tujuan mempromosi institusi jabatan, aktiviti jabatan dan sebagainya dalam bentuk kumpulan," katanya yang ditemui pada Majlis Perasmian Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) Kontinjen Terengganu, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Turus JPPPW Terengganu, Superintendan Sunthari A/P Lingaiah.

Pada majlis itu, 10 pegawai kanan dan anggota wanita yang menghidapi penyakit kronik menerima sumbangan sebagai tanda penghargaan sempena Hari Wanita Sedunia dan Sambutan Hari Polis yang ke-215, Jumaat ini.

Penyampaian sijil pelantikan turut diberikan kepada ahli jawatankuasa baharu yang telah dilantik menerajui JPPPW Terengganu.

Rohaimi berkata, bagi kesalahan lain yang membabitkan pegawai dan anggota wanita di negeri ini, Kontinjen Terengganu merekodkan sebanyak sembilan kesalahan sepanjang tahun 2021.

Katanya, daripada sembilan kesalahan yang direkodkan, satu kesalahan membabitkan jenayah berkaitan dadah manakala selebihnya adalah berkaitan kesalahan tingkah laku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2022 05:14 PM | Show all posts
Yang berTikTok ber IG Reel nari nari masa keje tu termasuk jugak kedalam kesalahan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.495059 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list