CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 0

[Terengganu] Kerugian infrastruktur lebih RM100 juta akibat banjir di Terengganu

[Copy link]
Post time 22-3-2022 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Kerajaan negeri menganggarkan kerugian lebih RM100 juta membabitkan infrastruktur awam ditanggung akibat banjir besar yang melanda Terengganu, akhir Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, anggaran kerugian itu dibuat berdasarkan kerosakan ditanggung di daerah Hulu Terengganu yang mencecah kira-kira RM100 juta.

"Di Hulu Terengganu, lebih daripada RM 100 juta kerugian kita (tanggung) untuk infrastruktur sahaja.

"Untuk kawasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sahaja, kita dimaklumkan baru-baru ini (ketika) buat lawatan ke sana (iaitu) daripada pintu pagar (dianggarkan) kira-kira RM60 juta.

"Jadi untuk keseluruhan (Terengganu) belum ada lagi, tetapi saya anggarkan dalam RM100 juta lebih dan kita sedang memperincikan jumlah kerugian tepat akibat bencana itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Berikutan banjir gelombang kelima yang melanda Terengganu bermula 25 Februari lalu, lebih 20,000 mangsa membabitkan lebih 7,000 keluarga terjejas.


Dr Mamad Puteh semasa sidang media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. FOTO GHAZALI KORI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.451520 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list