CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8770|Reply: 51

Apa sebenarnya Bahagia

[Copy link]
Post time 6-9-2010 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Hakikat bahagia itu adalah ketenangan.
Mungkin ramai yang menganggap kekayaan,kebijaksanaan atau pun kejayaan itu sebagai suatu kayu pengukur kejayaan.Anda sebenarnya silap.Siapa kata orang yang miskin,kurang bijak dan gagal itu tidak bahagia?Semuanya boleh berlaku.Yang miskin,kurang bijak dan gagal itu masih boleh dikira bahagia andai hatinya redha dengan ketentuan Allah.Itulah sebaik-baik perbuatan.

Saya sering mengingatkan rakan2 sy bahawa antara perkara yg amat penting dalam kehidupan manusia ialah bahagia...pada pendapat sy bhagia itu lahir dri ketenangan yg kita miliki...ada bahagia yg dianugerahkan kepada kita dan ada juga yg perlu kita mencarinya sendiri...

Saya juga sering mengatakan yg kekayaan,kemewahan,pangkat serta kedudukan,kemasyuran malah kecantikan dan kebijaksanaan tidak menjamin kebahagiaan...
Sekadar mengambil contoh bg setiap perkara yg sy utarakan sebelum ini misalnya (sekadar menyebut berberapa nama) Puteri Diana,Michael Jackson,Sufiah Yusuf dan Lucy Gordon(salah seorg pelakon Spiderman) tidak mengecapi kebahagiaan dalam kehidupan mereka.

Puteri Diana seorang puteri yg cantik,kaya dan mempunyai kedudukan yg tinggi dalam masyarakat.namun Puteri Diana tidak mengecapi bahagia kerana tidak dicintai oleh suaminya sendiri.Mereka berkahwin pada tahun 1981 dalam suasana gilang gemilang, di St.Paul Cathederal London dan disaksikan oleh berjuta-juta rakyat dunia melalui siaran langsung dan media.Rata-rata menganggap perkahwinan itu bersejarah kepada takhta Britain.Kecantikan Diana dengan kematangan Charles dianggap pasangan yang unggul yang sukar ditandingi.Perkahwinan itu menjadi tambah berseri bila mana tahun 1982,Diana melahirkan anak pertama,Putera William dan pada tahun 1984 seorang lagi putera bernama Harry.Tapi sayang sekali keretakan rumah tangga mereka pada 1990, Diana dan Charles dikatakan tidak sehaluan.Bila penceraian rasmi Diana dengan Putera Charles berlaku pada 28 ogos 1996,kekecewaan mengenai hubungan seks suaminya dengan kekasih lama,Camilla Parker Bowles.Pengakuan Charles tentang skandalnya menyebabkan Diana hilang arah hidup dan cuba membunuh diri.Diana terbunuh dalam kemalangan di dalam terowong Sungai Seine bersama-sama kekasihnya Dodi al-Fayed ketika cuba melarikan diri dari kumpulan jurugambar "paparazzi" yang mengekori mereka ketika bercuti di Paris.Maut dua kekasih bersama dengan pemandu mereka apabila kereta Mercedes 600 terbabas lalu melanggar pembahagi jalan yang menyebabkan keretanya remuk,meletup,Dodi dan pemandu kereta mati serta merta.Diana masih bernafas tetapi usaha untuk menyelamatkannya tidak berhasil bila sekumpulan doktor Perancis bertindak kira-kira 10 jam untuk memulihkan perjalanan darah pada tubuh dan jantungnya yang remuk dan parah.
Akhirnya pada pukul 4.00 pagi (waktu Perancis) Diana disahkan mati. Kematiannya dirasai oleh ramai penduduk dunia kerana selain kecantikannya Puteri Britain yang disaksikan seluruh umat manusia,dia juga adalah bekas isteri kepada anak Raja Britain,Putera Charles.

Michael Jackson pula seorang penyanyi yg dipuja jutaan peminat di seluruh dunia.mempunyai harta yg byk dan nama besar.namun Michael sering ditimpa dengan pelbagai dugaan.Michael pernah dituduh mencabul kanak2,hampir muflis,malah menghidap pelbagai penyakit.Kehidupan peribadi dan hubungan dengan orang lain beliau menyebabkan banyak kontrovesi bertahun-tahunan. Rupanya yang berubah telah didapati sejak 1970-an kerana perubahan hidung dan warna kulit telah menyebabkan banyak spekulasi daripada media. Pada tahun 1993, beliau dituduh bahawanya melibuti dalam penderaan seksual kanak-kanak walaupun beliau tidak disaman ke mahkamah. Padan tahun 2005, beliau disaman ke mahkamah disebabkan penglibutan dalam penderaan seksual kanak-kanak tetapi dibebaskan kerana dibuktikan tidak bersalah. Jackson meninggal dunia pada Jun 25, 2009. Kematiannya disebabkan penggunaan ubat yang terlampau banyak. Sebelum kematiannya, beliau sedang membuat persiapan untuk siri konsert ‘This Is It’. Pemeriksa Mayat Daerah Los Angeles menentukan kematiannya sebagai pembunuhan yang dilakukan oleh orang lain. Sebelum kematiannya, ubat sebagai propofol and lorazepan telah digunakan kepadanya menurut laporan. Doktor peribadi Jackson telah didakwa disebabkan pembunuhan tanpa niat. Kematian Jackson menyebabkan kesedihan orang ramai di seluruh dunia. Kira-kira sebillion orang di seluruh dunia telah menonton memorialnya melalui television.

Sufiah Yusuf pula ialah salah seorang manusia yg genius.namun seluruh dunia dikejutkan dengan berita bahawa Sufiah pada hari ini hanyalah seorang pelacur..Alibi ini membuktikan bahawa kebijaksanaan juga tidak menjamin kebahagiaan. 10 tahun lepas rakyat malaysia merasa bangga apabila seorang kanak-kanak Muslim yang ibunya dari Johor berjaya membuktikan dirinya seorang genius dengan layak memasuki Oxford di usia 13 tahun.Hari ini kita membaca kisah yang sangat menyedihkan yang dialami olehnya.Apa yang berlaku memberikan berberapa gambaran buat saya

1. Manusia tidak boleh semata-mata disumbat dengan pembangunan akal, tanpa jiwa dan rohaninya terisi dengan iman dan emosi yang seimbang. Lihat, betapa pentingnya keseimbangan dalam mendidik anak-anak.
2. Manusia juga tidak boleh didik dengan keras dan memaksa. Potensi jiwa manusia yang memberontak dan meletup bila sekatan itu melampau dan tidak diisi dengan kawalan iman.
3. Kecemerlangan akademik bukanlah segala-galanya bagi mencapai kebahagiaan di dunia (apa tah lagi untuk kejayaan di akhirat)

Mengulas mengenai Lucy Gordon (mungkin ramai kurang mengenalinya) ialah Lucy merupakan wanita yg cantik (pada pandangan saya).namun akhirnya mayat Lucy ditemui di apartmentnya 2 hari sebelum hari lahirnya ke-29 kerana membunuh diri.Lucy ditemui dalam keadaan mengantung dirinya pada siling rumahnya.Antara sebab utama Lucy Gordon mengantung dirinya adalah kerana berasa sangat tertekan masalah cintanya.

Sebagai penutup,ingin saya katakan bahawa jika kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita miliki InsyaAllah kehidupan kita akan bertambah baik dan sempurna.Jika kita merasa kita susah, lihatlah org yg lebih susah dri kita..Janganlah kita menipu diri kita sendiri misalnya saya amat kasihan melihat ada rakan2 sy yg mengumpulkan duit mereka untuk membeli sesuatu yg mahal (pada perkiraan sy benda tersebut tidak penting pun dan hanya digunakan untuk bermegah2).Alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk sesuatu yg lebih baik ataupun sebagai simpanan pada masa hadapan.Semoga Allah sentiasa redha dan mengrahmati kita semua..Semoga Allah jauhkan kita dari sifat riak,ujub dan takabbur yg menjadi racun kepada jiwa kita.Hakikat bahagia itu adalah ketenangan.

Hakikat Bahagia
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2010 01:28 PM | Show all posts
errr.. saya kurang kasih sayang tapi bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:43 PM | Show all posts
saya pon kurang kasih sayang..tapi saya bahagia pendek katenye..apa-apapun..kembali lah kepada Pencipta kita..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:56 PM | Show all posts
Reply 3# siputsedut


   meh2....i sayangkn u..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:57 PM | Show all posts
Reply 4# itik_magic


    mohon ngedate dekat nando's secepat mungkin utk pembuktian
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 02:02 PM | Show all posts
Reply 5# siputsedut


   nando's mana?

x pernh mkn kat nando's...

saya budak kg jer.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2010 02:06 PM | Show all posts
Reply 6# itik_magic


kalo camtuh mohon ngedate sambil makan gulai kawah itik sajorrkkk..mohon itik masakkan..sipukk takde tangan nk masak
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 02:11 PM | Show all posts
kalu itik dh kena msk camne nk msk?

smpai ht nk mkn itik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2010 02:34 PM | Show all posts
Bahagi betul org2 kat atas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 02:35 PM | Show all posts
Ketat itu satu kebahagiaan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 04:01 PM | Show all posts
Happiness is a state of mind.. biar dunia kaco bilau, klu mind at peace, happiness at reach..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 04:04 PM | Show all posts
bahagia bila jiwa tenang
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 04:13 PM | Show all posts
Bahagia itu bermaksud apabila ade org jolok montot kita dgn tiang letrik TNB mnyebbkan bil letrik kita melambung setiap bulan...gitew..

p/s
My Pen is Blue
My Friend is You.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 04:35 PM | Show all posts
bahagia bila makan kenyang bagi org yg lapar.......

bahagia bila dpt makan yg sedap2 bg org yg kenyang.....

jd bahagia setiap org adlh b'lainan........
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 05:56 PM | Show all posts
Reply 8# itik_magic


    ngeh3..ya hamponnnnn..itik nampak menyelerakan sangat   bukan masak itik magic..masak kaum kerabat itik..boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 08:03 PM | Show all posts
Reply  itik_magic


    ngeh3..ya hamponnnnn..itik nampak menyelerakan sangat   bukan masak ...
siputsedut Post at 6-9-2010 17:56


hahaha.... tringat raya ni mak nak masak rendang cili padi itik... perghh.. power... nyum nyum..

jemput makan sama hadik sipukk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2010 09:00 PM | Show all posts
terima kasih...sgt berguna utk meneruskan hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:44 AM | Show all posts
Reply 16# LostSoul


    wahhh..bunyi mcm pedas..i loikeee cili padi mohon kaka antarkan sket utk sipukk
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:46 AM | Show all posts
Hakikat bahagia itu adalah ketenangan.
Mungkin ramai yang menganggap kekayaan,kebijaksanaan atau pu ...
Alexo Post at 6-9-2010 13:25



    Keikhlasan dalam setiap hal itu akan dibalas dengan kebahagiaann~~


ewah....

moddd iols posting ilmiah .. sila bagi tacang raya
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 12:44 PM | Show all posts
Reply  LostSoul


    wahhh..bunyi mcm pedas..i loikeee cili padi  mohon kaka antarkan s ...
siputsedut Post at 7-9-2010 09:44



  hehehe buleh3.. utk hadik sipuk, kaka akan airpek kan utk kesegaran..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.070415 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list