CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sindiket dadah tumpas, 2 ditahan termasuk ketua

[Copy link]
Post time 21-3-2022 02:36 PM | Show all posts |Read mode

Antara rampasan dadah dan pembongkaran makmal memproses dadah jenis herion base, heroin, syabu dan peralatan yang bernilai RM381,160.00 dan satu lagi kejayaan menumpaskan makmal mini memproses serbuk MDMA dengan rampasan seberat 2,025.30 gram serta pil erimin 5 12 gram dan peralatan yang bernilai RM110,385.00 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini. FOTO MIKAIL ONG

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar kegiatan memproses serta mengedar dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM381,160 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Seberang Perai Tengah, di sini, Khamis lalu.

Dua suspek termasuk ketua sindiket turut ditahan dalam serbuan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Seberang Perai Tengah dan menemukan 42 bungkusan dadah heroin seberat 18,540 gram dan dua ketulan dadah heroin seberat 745 gram.

Turut ditemukan satu bungkusan syabu seberat 895 gram, plastik lutsinar berisi serbuk kafein (16,275 gram) dan peralatan serta bahan kimia bagi memproses dadah heroin.

"Penahanan suspek pertama membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di sekitar daerah itu dan menahan seorang lagi lelaki yang juga ketua sindiket.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek yang berusia 30 dan 41 tahun itu negatif dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu bergiat aktif sejak Julai tahun lalu bagi diedarkan kepada pasaran tempatan.

Katanya, turut dirampas ialah lima kenderaan, barangan kemas serta wang di dalam akaun bank.

"Keseluruhan sitaan termasuk dadah yang dirampas ialah bernilai RM650,777. Kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 190,000 penagih dadah.

"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 24 Mac dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.375978 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list