View: 316|Reply: 0
|
[Perlis]
Rampas 46 bubu naga
[Copy link]
|
|
Kangar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis merampas 46 set bubu naga di perairan Kuala Perlis, semalam.
Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, penggunaan bubu naga dikesan 0.6 batu nautika barat pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis pada 5.15 petang.
"Bubu yang berukuran lebih kurang 10 meter panjang ini dikesan semasa rondaan Op Aman selepas kita terjumpa kain berwarna merah mencurigakan terapung di permukaan air yang diikat pada pancang kayu yang disyaki penanda bubu naga.
"Pancang kayu berkenaan adalah penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan nelayan yang tidak bertanggungjawab di sekitar perairan negeri itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, berikutan itu pasukan bot ronda APMM memperluaskan radius pemeriksaan dan menemui banyak lagi bubu naga yang ditinggalkan di sekitar kawasan berkenaan.
"Kita kemudian memeriksa setiap pancang kayu itu dan mendapati kesemuanya adalah bubu naga.
"Kesemua bubu naga yang dirampas dianggarkan bernilai hampir RM3,680 itu dan dibawa ke jeti APMM Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, tinjauan pihaknya mendapati modus operandi bubu naga ini dipasang adalah dengan diikat secara berangkai dan diletakkan beberapa ketulan batu bata sebagai pemberat pada kayu itu.
Pemilik bubu naga boleh didakwa mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.
Jika ditahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
ANGGOTA APMM merampas bubu naga di perairan Kuala Perlis. FOTO ihsan APMM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|