CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Terengganu] Tiga ‘superman’ ditahan di LPT2

[Copy link]
Post time 19-3-2022 05:12 PM | Show all posts |Read mode

Polis memeriksa motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada Khamis.

HULU TERENGGANU – Dua beradik bersama abang ipar ditahan polis kerana menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘superman’ dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ismail Man berkata, tiga lelaki berusia 21, 24 dan 28 tahun dari Kelantan itu ditahan pada jam 9.55 pagi di Kawasan Rehat Dan Rawat Bukit Besi, Dungun.

“Sebelum itu pada jam 9.17 pagi, Skuad 42 JSPT Terengganu telah membuat pemantauan di LPT2 kawasan Telemong hala ke Ajil dan mengekori sekumpulan penunggang motosikal dari arah Kuala Terengganu ke Dungun.

“Pasukan itu kemudian mengesan tiga lelaki menunggang motosikal secara berbahaya dengan meniarap, menundukkan kepala selari dengan meter dan melunjurkan dua kaki ke belakang (aksi superman),” katanya di sini pada Sabtu.

Menurut Ismail, ketiga-tiga mereka ditahan ketika berhenti rehat di hentian Bukit Besi dan semakan mendapati salah sebuah motosikal digunakan merupakan kenderaan dilaporkan hilang di Besut pada 1 Ogos tahun lalu.

"Tiga lelaki itu bersama motosikal masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Selain itu katanya, lima motosikal turut ditahan di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan tiada mempunyai lesen memandu dan ubahsuai struktur kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan.

“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000.

“Hasil siasatan mendapati, kumpulan melibatkan 16 orang yang menunggang motosikal dan sebuah kenderaan pelbagai guna ini merupakan keluarga rapat yang dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Bukit Besi untuk berkelah,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... man-ditahan-di-LPT2
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103267 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39982 Replies : 245
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 179435 Replies : 4068
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1949 Replies : 7
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7377 Replies : 82
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22291 Replies : 128
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14693 Replies : 100
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73353 Replies : 2952
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5457 Replies : 21
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3804 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.975792 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list