View: 38277|Reply: 244
|
:: Cik Ya vs Encik Tak ::
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by ariellin at 6-9-2010 09:05
salam...saja gedik2 nak curah bakat yg non hado percubaan kali kedua
dah letak tajuk...wat masa ni guna yg tu dulu lah kut
samat baca...komen sekali...{:1_144:}
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Dia tekan-tekan button lampu isyarat yang tegak berdiri. Ada beberapa orang yang turut sama menunggu untuk melintas jalan itu memandang sinis kepadanya. Dia tak peduli kalau orang-orang yang memandang dia kata dia kurang sabar. Memang dia dah kurang sabar. Dia tekan lagi button itu. Kalau ikut hatinya, mau dia bawak lari lampu isyarat yang masih merah tu.
"Aduh..lambatnya..", dia kerling jam GUESS hasil tawar menawar di Petaling Street beberapa bulan yang lalu. Dah pukul 9.30 pagi. Kakinya dah bergoyang tak tentu arah.
Huh..! Hijau juga akhirnya..Cepat-cepat dia melintas jalan besar itu. Langkahnya dibesarkan walau pun hakikatnya tak berapa nak besar. Dia kena cepat sampai kat office sebelum singa betina tu mengamuk dan menjadi hijau akibat meleteri dia yang memang dah lambat sekarang ni.
Dan...terasa kakinya memijak jalan itu. Dia pandang ke bawah. Melihat kaki kirinya.
"Sandal? Mana sandal aku ni.??", betul, dia rasa dia pakai sandal masa keluar dari rumah tadi. Sandal brand Jukebox yang harganya RM10 memang dia usung ke hulu dan ke hilir.
Meliar matanya mencari sandal sebelah kiri yang keciciran. Ada beberapa orang yang tersenyum sinis melihat reaksi dia.
"Apa pandang-pandang?", dia tunjuk berani padahal dalam hati ni dah malu yang amat sangat.
Matanya meliar mencari sandal itu. Hah! kat tengah-tengah jalan tu!!
"Aduh...dah merah pulak lampu ni !! Bencinya !!! Haruslah bengkak telinga nak dengar takzirah singa betina tu arini..apa lah malang nasib aku ni..", dia membebel mengenang nasib diri sambil kembali menekan button lampu isyarat tu dengan kasar. Peduli apa dia. Yang penting sandal biru tu. Takkan dia nak berkaki ayam masuk office.
++++++++++++++++
Tangannya bergendang-gendang di stereng kereta mahal kepunyaan Abang Long. Senyum sendiri sambil mendengar dejay JJ membebel di Hitz.fm.
Matanya leka memandang ke arah manusia yang melintas jalan di hadapannya. Macam-macam rupa. Macam-macam bentuk fizikal. Macam-macam peringkat umur.
Namun mata nakalnya tertarik dengan susuk tubuh yang berjalan terjingkit-jingkit itu. Cantik walaupun wajah itu sedang berkerut, desis hatinya. Dia senyum sendiri.
Dia perasan mata perempuan itu melilau memandang ke arah jalan tadi.
"Dia cari apa?", hati tiba-tiba rasa nak busy body.
Dia betulkan sedikit duduk tubuhnya. Muncul aura nak jadi hero sebab rasa-rasanya perempuan cantik itu sedang menghadapi masalah.
Hero kalau dalam novel, mesti gagah perkasa macam dia, hati nakal mengusik.
Tinnnnnn tinnnnnnn !!
Bunyi hon yang memekak dari kereta belakang membuatkan dia terperanjat.
"Ya..kejab..", dia mengomel sendiri. Kurang sabar betul pemandu tu !!
Terkocoh-kocoh dia memasukkan gear ke D. Kereta bergerak ke hadapan, kemudian dia memberi signal ke kiri, masa untuk jadi hero..
Dari cermin pandang belakang, dia tengok perempuan tu dah hilang. Tertinjau-tinjau lehernya.
Ishh...hilang peluang nak tunjuk kemachoan..dia merungut..
"Tapi perempuan tadi memang cun...", desis hatinya, dan dia kemudian beri signal ke kanan, memecut laju menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.
++++++++++++++++++++
"sssttt...dia tak ada lah...", mendengar aje ayat itu, badannya tegak kembali. Dah tak terhendap-hendap di balik pintu masuk office.
"Lega..", dia hela nafas..
"Kau pergi mana, Ya?", dia belum hilang penat lagi, reporter yang tak berbayar ni dah sibuk nak bergosip.
"Aku lambat bangun. Lepas tu, sandal aku tercicir..", mata kawan tu mencerlung memandang dia.
Lepas tu, kawan tu datang dekat. Tarik kerusi yang dihadapan dia, kemudian duduk tanpa diundang.
"Kasut Jukebox kau tu ke, Ya?",
"Emmm...", memang pun.
Dia sembamkan muka di meja. Penat ni..
"Cicir kat mana?", kawan tu tanya lagi.
"Kat traffic light bawah tu..", perlahan dia jelaskan. Antara dengar tak dengar. Kemudian dia bangun menuju ke pantri. Hajat hati nak buat air. Haus gila ni.
Kawan yang busy body tu pun mengikut jejaknya. Dia buat tak tahu.
Dia ambil mug biru kesayangannya. Dia bukak laci kabinet, ambil Milo 3 in 1. Lepas tu, dia isi suku air panas dalam mug. Curah pulak Milo 3 in 1 tu dalam mug. Kemudian dia masukkan pulak air sejuk ke dalam mug tadi. Dia kacau perlahan. Nampak Milo yang berketul-ketul tu. Milo kegemaran dia.
Dia hirup perlahan. Kembali semula ke meja. Kawan tu pun ikut sekali dengan mug berisi air kosong seperti kebiasaan.
"Habis tu, kau dapat ke sandal kau tu?", la...tak habis lagi ke?
"Sharifah Umairah, untuk pengetahuan kau, sandal aku yang tercicir tu, aku sedekah je kat jalan tadi. Aku pergi beli sandal baru lah..kopak aku bulan ni, Sharifah Umairah oi...", dia mengeluh.
Memang kopak beg duitnya. Hajat di hati nak singgah beli sandal baru kat Jukebox je tadi, tapi sebab lalu kedai Bata yang ada sale konon-kononnya, habis dia sedekah kat tokei Bata tu RM35.90 untuk sepasang sandal baru.
Tak apa lah, sekali-sekala. Itu yang dia fikir masa membayar harga kasut tadi. Tapi masa dia jalan kaki menuju ke office, baru terfikir, adik dia, si Angah atau nama betul dia Laili Melati dah berbisik mintak duit poket untuk belanja.
Dia pun terus pergi bank-in duit kat si Angah tu. Kalau perut dia tak berisi tak apa, tapi kalau adik dia kelaparan, macam mana? Tak sanggup dia nak membayangkan yang bukan-bukan.
Dia dengan Angah memang dah dilatih untuk berjimat cermat. Kesian kat emak dia yang jugak ibu tunggal di kampung tu. Bersengkang mata mengambil upah menjahit baju. Jadi dia tau, dia tak boleh komplen yang bukan-bukan. Dia tau Angah pun tau tetang itu. Sebab tu lepas dia beli sandal tadi, dia terus bank-in kan duit dekat Angah. Rasanya memang dah hampir sebulan Angah tak telefon mintak duit belanja pada dia.
Angah pun sama macam dia. Berjimat cermat orangnya. Tak pe lah, bersusah-susah dahulu, ya Angah. Itu sahajalah kata-kata semangat yang selalu dia cakap pada Angah. Mujur Angah budak yang dengar cakap.
"Laila Suria, kau ni dah dekat mana?", terkebil-kebil dia memandang Sharifah Umairah yang memandang dia saat ini.
Ya Allah...dia meraup wajahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
tetamu pertama lawat umah baru ariel... |
|
|
|
|
|
|
|
tetamu kedua .... tajuk macam menerujakan |
|
|
|
|
|
|
|
bestttt menarik... rajinnye arie ni... semangat nak raya kot nih... sambung lagi arieeee |
|
|
|
|
|
|
|
citer baru...
intro pn best. thanks arie |
|
|
|
|
|
|
|
salam
wah ade ceter baru
intro yg menarik x sabar nk baca ceter seterusnyer... |
|
|
|
|
|
|
|
cam best + kalako je citer nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 6-9-2010 08:21
"Luki, apsal lambat?", soalan itu yang keluar dari mulut Abang Long dia bila dia masuk office tadi. Geram betul. Bukan salah dia nak masuk lambat, salah Mak Teh yang kejutkan dia lambat.
"Mak Teh lambat kejut..", selamba dia jelaskan tentang kesalahan Mak Teh, orang gaji di rumah besar mereka.
"Motif Luki nak salahkan Mak Teh? Ingat tak penat ke Mak Teh tu? Tak ada kerja lain selain dari nak mengejutkan kau bangun dari tidur. Kau pun satu, asal tutup mata je, terus 'mati'..", Abang Long mengingatkan dia.
Itu memang diakui pun, dia kalau tidur, memang 'mati'. Kalau bunyi bom di sebelah telinga dia pun, rasanya dia terus 'jalan' agaknya.
"Lepas tu, kau ingat Mak Teh larat lagi ke nak naik tingkat 3 tu..dia kan dah tua..", nada suara Abang Long dah turun mendadak.
Dia pandang Abang Long yang duduk di kerusi nombor 2 company keluarga mereka. Abang Long atau nama yang diberi oleh emak tercinta, Lokman Shahril, memang segak. Tapi rasanya dia lagi kacak bergaya, hati berlagak.
Sebut pasal Mak Teh, dia bukan nak mendera Mak Teh yang dah dianggap macam ahli keluarga sendiri cuma Mak Teh yang ikhlas nak mengejutkan dia. Sebab Emak mereka yang tercinta, Puan Ainon dah fed-up nak buat benda yang sama tu setiap hari. Lagipun apa salahnya sekali sekala Mak Teh eksesais naik turun tangga tu. Dapat gak mengurangkan kadar metabolisma dalam badan Mak Teh yang sejak dua menjak ni bagaikan di pam-pam. Tak baik untuk kesihatan kalau Mak Teh tak kontrol kebesaran badannya tu..
"Luki...", tersentak dia dengar Abang Long menjerit. Terus menerbangkan segala macam rasa di hati.
"Abang Long ni...cuba jangan panggil nama tu. Geli tau tak?", dia tunjukkan isyarat geli. Memang geli dia dengar nama tu. Abang Long tergelak walaupun hakikatnya pada dia, nama tu tak lawak langsung.
LUKI? Geli bukan? Apsal tak LUKU je terus?
"Peduli apa dengan nama kau tu. Abang Long akan terus panggil kau LUKI macam dulu-dulu jugak. Kau ingat kau baru balik dari oversea, kau boleh berlagak dengan Abang Long..", selamba Abang Long mengapi-apikan aku.
Lepas tu Abang Long lembali menyambung tugasnya. Dia pun angkat punggung keluar dari bilik Abang Long menuju ke biliknya. Sempat jugak dia bermain mata dengan Lucy, sekretary Abang Long yang cantik manis tu. Tersipu-sipu minah tu. Lelaki mana boleh tengok perempuan cantik. Lucy ni, dah lah cantik, seksi pulak tu. Siapa yang tal tergoda tengok badan dia yang tergedik-gedik macam ulat beluncas tu. Abang Long je yang kuat iman. Macam tak ada nafsu dengan perempuan abang dia yang seorang tu. Entah-entah...
"Luki...kau jangan nak menggatal !!", jeritan dari dalam bilik Abang Long kedengaran. Disambut ketawa Lucy yang kedengaran mengada-ngada di telinganya.
"Abang Long ni pasang CCTV ke?", dia tanya Lucy. Perempuan tu cuma angkat bahu tanda tak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
salam....
cite baru & harap2 hari ni ada lah n3 lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la arie ni..
rajin.... |
|
|
|
|
|
|
|
uikkssss...ade cite baru la...good ariel.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by amandaatika at 6-9-2010 10:47
da tukar tajuk pn....
tajuk & intro da best |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by amandaatika at 6-9-2010 10:48
harap2 tuan dia rajin masukkn n3 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# ariellin
bagusla mcm tu..
kekalkn
its good..
good for healthy(minda cerdas&jejari sihat) & good for us(pembaca yg tak pernah lupa nak tulis perkataan next) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|