CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Terengganu] Polis buka siasatan kes bunuh kucing

[Copy link]
Post time 7-3-2022 09:41 AM | Show all posts |Read mode

PIHAK Veterinar melakukan siasatan awal di lokasi berkenaan. FOTO Ihsan Pembaca

Kuala Terengganu: Polis membuka kertas siasatan susulan penemuan kira-kira 20 kucing jalanan yang mati bergelimpangan dipercayai akibat perbuatan khianat di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di Besut, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu daripada seorang individu yang sudah menerima video melalui WhatsApp mengenai kejadian kematian kucing terbabit di kawasan sekitar pantai itu, kira-kira 10 pagi semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati bangkai kucing-kucing berkenaan ditemukan oleh seorang lelaki yang pada mulanya terlihat beberapa ekor kucing mati bergelimpangan di atas tanah di sekitar pantai itu pada 8.30 pagi, Ahad.

"Sebanyak 15 kucing mati, manakala dua ekor kucing masih hidup namun dalam keadaan kesakitan. Dua ekor kucing mati berdekatan persisiran pantai, manakala 13 ekor kucing lagi mati di atas tanah berdekatan pokok-pokok.

"Terdapat kesan lebam biru pada perut kucing, darah pada mulut dan hidung serta ada yang terburai perut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rosak, kesemua bangkai kucing berkenaan kemudiannya ditanam oleh lelaki terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (Khianat ke atas Binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu katanya, pihak Penguatkuasaan dan Teknikal dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Besut dan Kuala Terengganu hadir ke tempat kejadian dan mengeluarkan semula kucing yang ditanam itu untuk mengambil sampel bagi tujuan analisis.

Semalam, video penemuan bangkai kucing itu yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kejadian itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.072024 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list