CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 0

[Terengganu] Operasi pembersihan pasca banjir di Hulu Terengganu berjalan lancar - APM

[Copy link]
Post time 3-3-2022 02:36 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN APM dan sukarelawan giat melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di SMA Mahmudiah, Hulu Terengganu. FOTO BERNAMA

Hulu Terengganu: Walaupun keadaan cuaca mendung dan hujan berkelompok di kawasan ini hari ini, ia tidak menghalang penduduk yang terjejas akibat banjir sejak minggu lalu menjalankan kerja pembersihan kediaman serta premis masing-masing, dengan kerjasama pihak berkuasa negeri.

Kehadiran petugas dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta sukarelawan daripada pelbagai pihak antaranya Terengganu Volunteer (T-Volt), sedikit sebanyak membantu meringankan kerja pembersihan penduduk setempat.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang terjejas termasuk di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah dan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan mendapati, aktiviti pembersihan itu dilakukan dengan penuh semangat perpaduan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Kedua-dua sekolah terbabit dinaiki air setinggi aras satu bangunan sekolah berkenaan, dan hanya mulai surut sejak semalam.

Antara cabaran untuk melakukan kerja pembersihan di sekolah itu ialah terdapat lumpur tebal dan berselut yang memerlukan alat tertentu untuk membersihkannya.

Pegawai Pasukan Pascabanjir APM Mohd Fakhrul Akmal Ahmad Amiruddin berkata, operasi pasca banjir yang bermula sejak 8 pagi hari ini, membabitkan 18 anggota dan dibantu oleh sukarelawan dan pelajar.

"Kami mendapat maklumat bahawa sekolah berkenaan sebelum ini tidak pernah dinaiki air dan kejadian banjir yang berlaku kali ini amat teruk," katanya kepada Bernama di sini.

Terengganu mulai dilanda banjir bermula sejak 25 Februari dan bencana kali ini disifatkan yang paling teruk dalam lima episod gelombang monsun Timur Laut sejak 2 Disember.

Sementara itu, sukarelawan Siti Saudah Samad berkata, seramai 70 sukarelawan daripada T-Volt, menyertai operasi pasca banjir hari ini dan dibahagi kepada beberapa pasukan untuk bergerak ke kawasan lain yang terjejas dan memerlukan bantuan.

"Selain kami (T-Volt), terdapat banyak lagi badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang terlibat sama bagi membantu kawasan terjejas banjir ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.196163 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list