Edited by novelloverzz at 26-2-2022 04:13 PM
Selalunya bila masak mi kuning, pasti akan ada rasa kapur kan? Terus terbantut selera makan sebab kapur pada mi kuning tersebut beri rasa yang tidak enak. Kalau dijadikan mi kuning, mungkin kurang sedikit rasa kapur tapi kalau dimasak mi kuah atau mi kari akan terasa kuat rasa kapur tu. Oleh sebab itu, ramai yang rendam terlebih dahulu mi tersebut untuk hilangkan rasa kapur. Nak mudah, ikut cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun miliknya di bawah.
CARA MUDAH HILANGKAN KAPUR PADA MI KUNING1. Masukkan mi kuning dalam periuk atau bekas.
2. Leraikan mi kuning tersebut.
3. Kemudian masukkan air.
4. Masukkan sedikit gula perang atau gula putih. Gaul sebati.
5. Rendam mi tersebut lebih kurang 15-30 minit.
6. Selepas itu, basuh sekali lagi dan toskan.
Mi sedia digunakan untuk masak pelbagai resipi mi kesukaan anda. Lihat video penuh di bawah:
|