CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 0

[Terengganu] Pantai Timur kembali dilanda banjir

[Copy link]
Post time 26-2-2022 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Hujan lebat berterusan di negeri di Pantai Timur sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Kelantan kembali dilanda banjir.

Di Terengganu, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak pagi tadi iaitu tujuh di Kemaman dan satu di Setiu membabitkan 383 orang daripada 114 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan 191 individu daripada 55 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teladas, diikuti Balai Raya Padang Kubu (79 orang, 26 keluarga), Dewan Sivik Air Putih (50 orang, 12 keluarga), Masjid Kampung Dadong (tujuh orang, dua keluarga), Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor (tujuh orang, dua keluarga), SK Air Putih (tujuh orang, dua keluarga) dan Balairaya Padang Kemunting (empat sekeluarga).

"Di Setiu pula, 38 individu daripada 14 keluarga ditempatkan di Balairaya Kampung Hulu Seladang," menurut kenyataan itu.

Di Kelantan, tiga PPS dibuka iaitu dua di Tanah Merah dan satu di Kuala Krai membabitkan 52 orang daripada 17 keluarga setakat 4 petang tadi.


Penduduk berjalan meredah banjir mengalihkan peralatan kedai selepas hujan lebat sejak malam tadi di Pusat Reakreasi Kalang Warisan. FOTO GHAZALI KORI

Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan dua PPS itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang dan SK Klewek di Tanah Merah serta Masjid Lama Keroh di Kuala Krai.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiga sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Lanas di Air Lanas merekodkan bacaan 29.75 meter (m), Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (37.54 m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (25.19 m).

Di Kuantan, kawasan di Kampung Bantal, Jerantut yang bersebelahan Sungai Tembeling dinaiki air sejak tengah malam tadi namun tiada PPS dibuka setakat ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bantal Zamzarina Manap berkata, ia membabitkan beberapa kedai runcit, kedai makan dan chalet.

Berdasarkan JPS melalui laman web rasminya memaklumkan paras air di dua sungai di Pahang sudah melebihi paras waspada iaitu Sungai Tembeling di Jerantut dan Sungai Keratong di Rompin.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan sistem cuaca tekanan rendah dijangka melanda sempadan negeri Pahang dan Terengganu hari ini, dan seterusnya bergerak ke barat laut merentasi Semenanjung yang boleh menyebabkan hujan lebat berterusan dan angin kencang.

Hujan lebat dan angin kencang berkenaan, dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga 26 Februari, namun ramalan terkini menunjukkan kemungkinan sistem ini untuk meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 158956 Replies : 3902
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188046 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6745 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.073574 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list