CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 0

[Terengganu] JKM kesan waris bayi perempuan

[Copy link]
Post time 22-2-2022 12:10 PM | Show all posts |Read mode

BAYI yang ditemukan. FOTO Ihsan JKM

Setiu: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Setiu sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang bayi perempuan.

Pegawai JKM Daerah Setiu, Amizan Che Aziz berkata, bayi berusia sebulan 25 hari itu diselamatkan seperti mana peruntukan di bawah Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak- Kanak 2001.

Menurutnya, bayi berkenaan diperintahkan untuk diletakkan di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai.

"JKM turut menerima kebenaran mengikut seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 oleh Mahkamah Majistret Daerah Setiu untuk melakukan siaran akhbar bagi mengesan dan mencari waris.

"Pihak kami ingin mengesan waris kepada bayi tersebut bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut, "katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung kepada bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak JK Setiu, Muhammad Hafiszul Amdan di talian 09-6099373

Akhbar ini sebelum ini, melaporkan seorang bayi perempuan seberat tiga kilogram ditemui di sebuah pondok berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Tayor Sungai Tong, 28 Disember tahun lalu.

Bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu ditemui penduduk kampung yang kebetulan melalui jalan berkenaan jam 12.20 tengah malam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.464340 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list