CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 528|Reply: 1

[Borneo] [ informasi ] SCAM cara baru : Mangsa kerugian 78,730 duit dlm acc lesap.

[Copy link]
Post time 21-2-2022 04:41 AM | Show all posts |Read mode




BAHAYA MUAT TURUN APLIKASI (APK FILE) TIDAK SAH!

Apakah itu APK file?
- Android Package Kit (APK) merupakan format file untuk aplikasi-aplikasi Android.

Apa itu aplikasi tidak sah?
- Aplikasi (apps) telefon bimbit yang dimuat turun melalui sumber yang tidak dikenalpasti atau tidak sah.

Apakah kesan muat turun aplikasi tidak sah?
- Source / pemilik aplikasi tersebut tidak disahkan dan aplikasi berkemungkinan mengandungi malware / virus yang boleh menyebabkan kehilangan data / maklumat penting di telefon bimbit dicuri.

Modus operandi jenayah komersil terkini :-

1. Mangsa melihat iklan penjualan barang melalui media sosial.
2. Mangsa berhubung dengan penjual (suspek) melalui whatsapp ('PM' tepi).
3. Suspek memberikan APK file kepada mangsa untuk dimuat turun dan 'install' pada telefon bimbit mangsa untuk membuat pembelian.
4. Mangsa akan mendaftarkan akaun dengan memasukkan maklumat seperti nama penuh, nombor telefon dan alamat emel.
5. Mangsa seterusnya membuat bayaran dengan menekan butang checkout.
6. Mangsa memasukkan butiran perbankan seperti (ID, password atau maklumat kad kredit) tanpa mangsa sedari bahawa website perbankan tersebut adalah palsu.
7. Paparan 'page error' akan terpapar.
8. Mangsa tidak menyedari bahawa suspek sebenarnya telah memindahkan wang dari akaun bank mangsa ke akaun lain dengan menggunakan maklumat yang diperoleh melalui aplikasi tidak sah tersebut.

Suspek berjaya akses SMS yang diterima oleh mangsa dan membolehkan suspek memperolah maklumat OTP/ TAC perbankan internet mangsa.

Sumber video sin chew daily Bintulu



credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2022 04:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.080476 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list