CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 0

[Terengganu] Utama Mutakhir Global Arena Rap/RapXtra Bisnes Addin WM MetroTV Galeri Infografik Pancing siakap putih 21.9 kg, jual RM500

[Copy link]
Post time 20-2-2022 02:59 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Syazwan dari Kampung Batin, Seberang Takir bergambar bersama ikan siakap putih seberat 21.9 kilogram yang dipancing di Benteng Pemecah Ombak Kuala Terengganu. FOTO ihsan MOHD SYAZWAN

Kuala Terengganu: "Ikan siakap ini menjadi hadiah hari lahir saya yang paling bermakna," kata Mohd Syazwan Mohd Shaiful.

Mohd Syazwan, 25, dari Kampung Batin Seberang Takir di sini, gembira apabila berjaya menaikkan ikan siakap putih seberat 21.9 kilogram (kg) ketika memancing di benteng pemecah ombak di sini, semalam.

Lebih istimewa kerana Mohd Syazwan menaikkan ikan siakap putih itu pada 2 pagi, pada hari lahirnya yang ke-25 tahun.

Menurutnya, dia mengambil masa selama 40 minit untuk menaikkan ikan siakap putih itu.

"Saya bersyukur kerana berjaya menaikkan ikan siakap itu kerana sebelum ini jika ikan terlalu besar akan menyebabkan tali pancing putus.

"Memang sudah menjadi rezeki saya pada hari lahir apabila berjaya menaikkan ikan siakap yang memang terkenal dengan agresif itu," katanya.

Menurutnya, ikan siakap putih itu tidak dimakan sebaliknya dijual kepada seorang pengusaha restoran makanan laut di daerah ini.

"Saya menjualnya pada harga RM500 seekor dan wang itu digunakan untuk membeli peralatan memancing selain belanja rakan sehobi makan sempena menyambut hari lahir.

"Sebenarnya, kos memancing siakap menggunakan teknik 'casting' ini agak mahal oleh itu apabila dapat duit hasil daripada memancing, saya akan gunakan untuk membeli peralatan memancing juga," katanya.

Menurutnya, dia memancing sejak berusia belasan tahun dan ikan siakap putih itu ialah ikan paling besar yang pernah dipancingnya.

"Sebelum ini pernah menaikkan ikan siakap putih seberat lima kilogram dan 15 kg di lokasi yang sama," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 162621 Replies : 3932
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19733 Replies : 79
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26465 Replies : 197
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4763 Replies : 69
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5281 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71690 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4233 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102603 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4633 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 1.016493 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list