CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

[Terengganu] Jual RM4,500 sepasang

[Copy link]
Post time 20-2-2022 11:38 AM | Show all posts |Read mode

LANDAK raya tidak mempunyai risiko kematian akibat penyakit.

Hulu Terengganu: Biarpun sudah berusia 70 tahun namun tidak menghalang seorang warga emas menjalankan penternakan landak secara komersial.

Ismail Mohamad dari Kampung Baru Sungai Binjai, Ajil menternak lebih 100 ekor landak raya di rumahnya sejak lima tahun lalu.

Katanya, dia menggunakan wang simpanan RM10,000 untuk membeli 12 ekor induk landak raya untuk dibiakkan.

"Bermula 12 ekor pada 2018, sekarang landak raya saya membiak sehingga 109 ekor tidak termasuk sudah dijual.

"Sangat berbaloi menternak landak raya itu kerana permintaannya sangat tinggi terutama dagingnya.

"Sebelum ini, saya bekalkan juga daging landak yang dijual RM130 hingga RM150 sekilogram, tetapi sekarang hanya menjual induk landak sahaja," katanya ketika ditemui di kandang landak miliknya, semalam.

Ismail yang mempunyai anak berusia antara 34 hingga 48 tahun berkata, harga landak raya sentiasa meningkat dan sekarang dijual dengan harga RM4,500 sepasang.

"Kelebihan menternak landak raya itu kerana ia tidak mempunyai risiko kematian kerana penyakit selain tidak cerewet.


ISMAIL menunjukkan landak raya yang diternak di rumahnya.

"Landak raya makan semua jenis makanan termasuk nasi, buah dan sayuran. Ternakan eksotik itu juga cepat membiak berbanding ternakan lain, paling kurang dua tahun sekali beranak," kata suami kepada Hasmah Muda ini.

Tambahnya, penternakan landak raya dijalankan itu di bawah seliaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitam).

"Semua landak raya diternak mempunyai lesen memiliki yang dikeluarkan Perhilitn kerana ia di bawah akta pemuliharaan hidupan liar 2010. Saya juga mempunyai permit jual beli, permit memburu landak raya yang hanya diberikan tempoh di antara Mei hingga Ogos sahaja," katanya.

Katanya, dia akan meneruskan penternakan landak raya yang dijalankan berikutan ia memberi pulangan yang sangat lumayan.

"Di samping menghasilkan pendapatan, penternakan itu juga secara tidak langsung membantu mengekalkan haiwan liar itu daripada pupus," katanya.


LANDAK makan semua jenis makanan termasuk nasi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.548598 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list