Kombinasi gambar (dari kiri) menunjukkan keadaan sebelum, semasa dan selepas operasi memotong cincin yang tersekat di jari manis lelaki terbabit.
SARIKEI: Seorang lelaki tampil ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei hari ini untuk memohon bantuan memotong sebentuk cincin yang tersekat di jari manis tangan kanannya.
Ketua BBP Sarikei Mahmudin Narudin berkata, sejurus tiba di balai sekitar jam 11.46 pagi, lelaki terbabit terus menceritakan situasi yang dihadapinya kepad anggota bertugas.
“Susulan itu, anggota bomba bertindak memotong cincin yang tersekat di jari manis lelaki terbabit menggunakan alat pemotong khas,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, anggota bomba mengambil masa 14 minit untuk memotong cincin tersebut.
“Tiada sebarang kecederaan direkodkan atau kejadian tidak diingini berlaku dalam operasi khidmat khas itu,” jelasnya.
utusanborneo.com.my/2022/02/19 |