![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220219/whatsappimage2022-02-19at105309.jpeg)
Suspek yang ditahan dalam Ops Dadu.
KUCHING: Seorang remaja lelaki antara dua individu yang ditangkap semasa Ops Dadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau dalam dua serbuan berasingan pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, kedua-dua suspek merupakan warga tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian ditangkap dalam operasi yang dijalankan dari jam 6 petang hingga 9.30 malam.
"Kedua-dua suspek berumur antara 18 hingga 22 tahun itu di tahan di dua tempat berasingan iaitu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Opar dan di sebuah rumah kedai Tondong Height, Bau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Poge menambah, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas satu kertas berwarna hijau yang bertulis angka disyaki nombor loteri haram, satu unit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.
Ujarnya, remaja lelaki ditangkap di bawah Seksyen 4A (a)Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Manakala suspek wanita katanyat ditangkap di bawah dan Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
utusanborneo.com.my/2022/02/19
|