CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Terengganu] Pukat malas 'pembunuh' utama penyu di Terengganu

[Copy link]
Post time 19-2-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode

PENYU perlu timbul ke permukaan air untuk bernafas sebelum kembali bergerak ke laut. FOTO Bernama

Rantau Abang: Penggunaan pukat pari atau lebih dikenali sebagai 'pukat malas' oleh nelayan berhampiran kawasan pendaratan penyu, dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian reptilia yang menjadi ikon pelancongan Terengganu itu.

Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Sharum Yusof berkata, berdasarkan kajian pihaknya, sebanyak 45 peratus kematian penyu yang direkodkan setakat ini adalah akibat tersangkut pada pukat pari, manakala 38 peratus terperangkap dalam pukat tunda.

"Apabila penyu tersangkut pada pukat pari atau pukat malas yang diletakkan di dasar laut selama dua hingga tiga jam, haiwan itu akan kelemasan dan mati kerana gagal timbul di permukaan air untuk bernafas.

"Insiden terperangkap pada pukat kerap berlaku sehingga menyebabkan kematian dan lebih menyedihkan ada nelayan yang sanggup bunuh penyu yang terperangkap sebab tak mahu rosakkan pukat mereka ketika mahu keluarkan haiwan itu," katanya kepada Bernama di sini.

Kematian penyu di Terengganu semakin membimbangkan apabila 22 kes kematian dilaporkan dalam tempoh Januari sehingga semalam.

Pada 2019 sebanyak 78 kes kematian penyu direkodkan, manakala 55 kes dicatat pada 2020 dan 51 kes (2021).

Mengulas lanjut Sharum berkata, penyu juga lebih mudah terperangkap jika pukat yang digunakan nelayan melebihi saiz yang dibenarkan pihak berkuasa iaitu saiz mata pukat tidak boleh melebihi 25 sentimeter (10 inci).

"Masih ramai nelayan di negeri ini tidak memahami (peraturan) dan menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan pihak berkuasa," kata Sharum.

Sehubungan itu katanya, pelbagai program kesedaran dan kursus diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran nelayan mengenai kepentingan mengikut peraturan ditetapkan, sekali gus dapat menyelamatkan reptilia berkenaan.

"Malangnya peratus kehadiran amat sedikit, sedangkan banyak lesen nelayan dikeluarkan, tambah buruk lagi ada ramai yang turun ke laut tanpa lesen dan golongan inilah yang sukar dididik dan diberi kesedaran," katanya yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir nelayan sehingga menjejaskan ekosistem marin.

Sementara itu, Pegawai Penyelidikan Penyu FRI Rantau Abang, Nazuki Sulong berkata, punca lain yang menyebabkan kematian penyu ialah akibat terkena kipas bot, manakala peratusan penyu yang mati akibat termakan plastik sangat kecil iaitu hanya kira-kira lima peratus.

Beliau berkata, kematian penyu yang disebabkan termakan plastik sebenarnya jarang berlaku kerana kebiasaannya ia membabitkan penyu Belimbing yang makanan utamanya obor-obor dan spesies berkenaan sudah agak lama tidak kelihatan mendarat di pantai negeri ini.

"Penyu Belimbing mungkin keliru, tak dapat beza plastik terapung dengan obor-obor. Penyu lain seperti Agar, Lipas dan Karah yang banyak terdapat di negeri ini biasanya lebih banyak makan rumpai laut, span (karang lembut) atau udang, ia jarang memakan obor-obor.

"Ada kes yang kita jumpa, walaupun ada plastik dalam mulut penyu yang mati tu, bukanlah sebab ia makan plastik, tapi mungkin perbuatan khianat (orang masukkan)," katanya menambah spesies penyu Agar kini mendominasi populasi penyu di Terengganu iaitu sehingga 90 peratus.

Oleh itu katanya, keutamaan yang perlu diberi dalam usaha mengurangkan kematian penyu ialah dengan mendidik dan memberi kesedaran yang optimum kepada golongan nelayan supaya mereka mematuhi setiap undang-undang serta peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Katanya, penggunaan Peranti Penyisih Penyu pada pukat tunda sepanjang musim tengkujuh (November hingga Mac) juga dapat menyelamatkan penyu daripada terperangkap di dalam keroncong pukat sehingga menyebabkan kematian.

"Penyu yang memasuki pukat tunda dapat keluar melalui injap yang terdapat pada peranti ini, jadi penyu tidak akan terperangkap dan lemas dalam pukat," katanya.

Terdapat antara 800 sehingga 1,000 ekor penyu akan mendarat dan berada di perairan Terengganu semasa musim reptilia itu bertelur iaitu sekitar April sehingga Oktober.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 163834 Replies : 3947
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5074 Replies : 70
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26622 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19834 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102704 Replies : 2875

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.531341 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list