CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Sarawak] Ini nasihat penting kepada ibu hamil

[Copy link]
Post time 19-2-2022 09:58 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM)  menasihati ibu hamil dan ahli keluarga agar terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu bagi mencegah jangkitan Covid-19.

“Ini kerana ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk,’ katanya.

Oleh itu, jelasnya lagi  langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

“Sekiranya ibu hamil positif Covid-19, sila hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) bagi penilaian risiko kesihatan,” katanya.

Ibu hamil dinasihati kekal  berada di rumah kecuali untuk tujuan penting dan perlu sahaja.

“Ahli keluarga juga perlu mematuhi SOP ketika berada di luar rumah untuk mengelakkan menjadi punca jangkitan kepada ibu hamil,” jelasnya.

Untuk rekod, dalam tempoh 11 bulan, dari Mac 2020 sehingga Januari lalu, sejumlah 18,277 kes Covid-19 dalam kalangan ibu hamil telah dilaporkan di negara ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bilangan ini merupakan 0.64% daripada jumlah keseluruhan bagi jangkitan Covid-19 yang dilaporkan bagi tempoh yang sama.

“Bagi tahun 2021, bilangan kes dalam kalangan ibu hamil melonjak naik pada bulan Julai hingga September dan mula menunjukkan trend penurunan pada Oktober 2021 hingga Januari 2022, “ kata KKM dalam satu kenyataan sebelum ini.

Katanya, sejak pandemik Covid-19 bermula pada tahun 2020, sejumlah 191 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan Covid-19 apabila kesemua kematian dilaporkan berlaku pada tahun 2021.

Jelasnya, pada tahun 2022, iaitu sehingga 15 Februari 2022; tiada kes kematian ibu hamil yang disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan.

“Bagi tahun 2021, kemuncak bagi kematian ibu hamil akibat komplikasi jangkitan Covid-19 ialah pada bulan Julai (31 kes), Ogos (77 kes), dan September (44 kes),” jelasnya.


sarawakvoice.com/2022/02/19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.067531 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list