CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Sarawak] Waspada kes penipuan 'Love Scam' sempena Hari Kekasih

[Copy link]
Post time 13-2-2022 09:10 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak mengingatkan masyarakat agar tidak mudah terpesona dengan gambar profil yang menarik di media sosial bagi mengelak berlakunya kes penipuan 'Love Scam' sempena Hari Kekasih tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)Sarawak Superintenden Maria Rasid berkata, lazimnya mangsa kes penipuan ‘Love Scam’ ini berlaku apabila mereka berkenalan dengan suspek melalui media sosial seperti Facebook dan sebagainya.

Menurut Maria, suspek kemudian berhubung dengan mangsa melalui aplikasi WhatsApp atau Messanger yang mengatakan mencintai mangsa dan akan datang ke Malaysia untuk berkahwin dengan mangsa.

"Suspek turut mengatakan membawa bersama hadiah, barang kemas, mata wang asing dan sebagainya untuk diberikan kepada mangsa.

"Selepas itu, ahli sindiket yang lain menyamar sebagai pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghubungi mangsa mengatakan kekasihnya ditahan pihak berkuasa kerana membawa mata wang asing yang banyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

s kekasih daripada tahanan pihak berkuasa.

Menurutnya lagi, selepas pembayaran dibuat, kekasih media sosial berkenaan tidak lagi dapat dihubungi mangsa.

"Sepanjang tempoh 1 hingga 31 Januari 2022, sebanyak empat kes berkenaan melibatkan nilai kerugian melebihi RM128,000 dilaporkan di Sarawak.

"Selain itu, pada 1 Januari hinga 13 Februari 2022, sebanyak 65 keldai akaun telah dituduh di bawah Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1958 kerana terlibat dalam kes penipuan ini.

"Sebanyak dua keldai akaun melibatkan kes Love Scam telah dituduh di daerah Miri pada tempoh itu dan hukuman yang dikenakan ke atas keldai akaun ialah denda sehingga RM500," jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai juga dinasihati tidak mudah terperdaya dengan pujian atau pujuk rayu rakan di media sosial.

"Jangan terlalu percaya dengan apa-apa tawaran seperti pelaburan sesuatu projek, pemberian hadiah, barangan kemas, mata wang asing dan sebagainya daripada rakan yang dikatakan berada di luar negara.

Dalam pada itu, pengguna media sosial diingatkan tidak mengemas kini status menunjukkan diri berada dalam kesunyian, mencari pasangan terdesak memiliki seseorang dan sebagainya.

Ujarnya, tindakan atau status berkenaan sekali gus menarik perhatian penjenayah siber dan seterusnya masuk ke peringkat untuk mencapai objektif utama mereka iaitu mendapatkan wang dengan mudah.

"Oleh itu jangan sesekali mendedahkan atau memberikan maklumat perbankan atau maklumat kewangan kepada mereka sesuka hati," tegasnya sambil menambah, masyarakat perlu lebih berhati-hati sekiranya terdapat sebarang komunikasi melibatkan wang.

Sehubungan itu, masyarakat boleh menghubungi Commercial Crime Investigation Department (CCDI) Scam Response Centre melalui talian 03-26101559 dan 03-26101599 atau Infoline WhatshApp atau mesej pesanan ringkas (SMS) di 013 2111222 bagi mendapatkan nasihat atau menyalurkan malumat berhubung kes jenayah dalam talian.


utusanborneo.com.my/2022/02/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.089743 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list