Kluster baharu libatkan pelatih institut pengajian awam
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengisytiharkan satu lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 iaitu Kluster Jalan Kolej, Kuching.
Kluster ini dikesan melibatkan pelatih dan kontak sosial pelatih di sebuah asrama institut pengajian awam yang terletak di Jalan Kolej, Kuching.
Kes indeks katanya dikesan hasil saringan ke atas emapt orang pelatih kerana mengalami tanda-tanda dan gejala di sebuah fasiliti kesihatan pada 7 Februari lalu.
Kes indeks ini juga mempunyai sejarah pulang dari negeri masing-masing di Semenanjung Malaysia kerana bercuti dan kembali semula ke institusi pada 5 Februari lalu.
Jangkitan katanya dipercayai berpunca daripada kontak rapat kes positif C0VID-19 dan pengaulan sosial dalam kalangan pelatih serta kontak rapat mereka.
Hasil saringan ke atas seramai 52 individu, 26 individu didapati positif termasuk kes indeks manaka 26 individu lagi didapati negatif.
Dalam pada itu, JPBNS turut memaklumkan terdapat sebanyak 201 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 254,227.
Daripada jumlah kes baharu ini, sebanyak 113 kes adalah kategori satu, 86 kes kategori dua dan masing-masing satu kes kategori tiga dan empat.
Kuching merekodkan kes harian tertinggi (72) diikuti Sibu (47), Miri (41), Sarikei (6), Lawas (6), Serian (5), Limbang (4), Kapit (4), Samarahan (4), Bintulu (3), Tanjung Manis (2), Kanowit (2), Mukah (1), Betong (1), Meradong (1), Marudi (1) dan Subis (1).
Mengenai laporan notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan lapan kompaun di Kuching kerana gagal mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki premis.
Manakala seramai 30 individu di bawah pengawasan (PUS) baharu dikuarantin di pusat kuarantin hotel dan bukan hotel.
utusanborneo.com.my/2022/02/13 |