Edited by Vellfire at 13-2-2022 02:54 AM
![](https://scontent.fkul4-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/273825358_253920336913575_2691298254374202994_n.jpg?_nc_cat=104&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=f5iRvyBisWcAX-oYPBM&_nc_ht=scontent.fkul4-2.fna&oh=00_AT9QztZuz43NEnxBGpa6w-BPdZA-X-45l4TFJDFpyKq0Dw&oe=620DC3DE)
![](https://scontent.fkul4-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/272996675_253920356913573_3872936673460642441_n.jpg?_nc_cat=108&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=EiDtYxhDvnMAX9waf5h&_nc_ht=scontent.fkul4-2.fna&oh=00_AT9yu4Oa4QdyKHtu34edwKSYBty3vGHkEjU7BsECJ3taYQ&oe=620CA835)
COVID-19: Sarawak rekod 186 kes baharu, 69 daripadanya di Kuching
KUCHING: Sarawak merekodkan 186 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 69 daripada kes adalah dikesan di Kuching.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada 186 kes baharu itu, 183 kes adalah Kategori 1 dan 2, sementara tiga kes adalah Kategori 3 hingga 5.
Menurutnya, dengan kes baharu itu, jumlah kumulatif kes di Sarawak meningkat kepada 254,026.
Selain Kuching, turut merekodkan kes harian hari ini ialah Miri sebanyak 42 kes, diikuti Sibu (33).
Manakala, Samarahan (8), Song (6), Kapit (5), Bintulu dan Lawas (4), Serian dan Limbang (3), Sarikei dan Beluru (2), sementara Sri Aman, Meradong, Betong, Mukah dan Sebauh masing-masing (1).
Jawatankuasa turut memaklumkan tiada kluster baharu direkodkan hari ini dengan itu, kekal satu kluster yang masih aktif di negeri ini.
Mengenai notis kompaun, JPBNS berkata, polis Sarawak mengeluarkan sebanyak 12 notis kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan kesemuanya di daerah Kuching.
Katanya, kesemua 12 notis berkenaan adalah gagal mendaftar ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera, sekali gus sebanyak 13,245 notis kompaun dikeluarkan di seluruh negeri setakat ini.
Sementara itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Sarawak telah mengadakan sebanyak 188 pemantauan harian.
Dengan itu, kementerian sehingga kini telah mengadakan sebanyak 12,856 pemantaun di seluruh negeri.
utusanborneo.com.my/2022/02/12
|