CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 1

[Sarawak] Dua rumah, bengkel dan 100 motosikal terbakar

[Copy link]
Post time 11-2-2022 03:58 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba berusaha memadam kebakaran.

KUCHING: Sebuah bengkel motosikal dan dua rumah di Jalan Ellis, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 2.26 pagi.

Menurutnya, sekurang-sekurangnya 100 motosikal yang ditempatkan di bengkel tersebut turut musnah.

"Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah bengkel motosikal dan dua rumah kediaman jenis kekal dua tingkat.

"Turut terbakar ialah 100 motosikal kerana tidak sempat diselamatkan susulan api merebak dengan cepat," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dalam insiden tersebut.

Operasi memadam kebakaran oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan dan Batu Lintang berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.32 pagi dan tamat pada jam 4.52 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.


utusanborneo.com.my/2022/02/11

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2022 04:27 PM | Show all posts


KUCHING: Dianggarkan 100 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel motosikal dan dua buah kediaman awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 2.26 pagi turut mengakibatkan bangunan terbabit terbakar 70 peratus.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dan Batu Lintang diatur gerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan pemadam menggunakan teknik ofensif dan defensif untuk memadam kebakaran dengan menggunakan dua buah jentera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu, pasukan pemadam berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.32 pagi.

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan pada kejadian.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.52 pagi.




sarawakvoice.com/2022/02/11

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.189802 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list