CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Sarawak] Kedai Tusyen Menyanyi Terbakar di Miri

[Copy link]
Post time 10-2-2022 07:09 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Sebuah bilik Tuisyen Menyanyi di aras dua sebuah bangunan premis Jalan Boulevard mengalami kebakaran, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.30 petang.

“Kebakaran menyebabkan kedai terbabit yang berkeluasan 20 x 20 terbakar 30 peratus.

“Pemadaman dilakukan sejurus tiba di lokasi dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari pam jentera sehingga api dapat dipadam sepenuhnya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, hasil pemeriksaan awal tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa akibat insinden.

Ujarnya, operasi menyelamat seterusnya tamat pada jam 2.33 petang.

Terdahulu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran.


sarawakvoice.com/2022/02/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.045364 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list