4 PETUA SUPAYA RUMAH KEKAL WANGI & BERSIH
Jom follow 4 cara mudah ini: 1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOTBAHAN-BAHAN: - 1 penutup pelembut fabrik
- 10 cawan air
CARA-CARA: 1. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum. 2. KILATKAN LANTAI RUMAHLantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa, sebaliknya cuba cara ini sekarang. BAHAN-BAHAN: - 1 penutup pencuci lantai
- Cuka
- Air panas
CARA-CARA: 1. Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. 2. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba! 3. WANGIKAN RUMAHSelain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya. BAHAN-BAHAN: - 1 penutup pelembut fabrik
- Cuka
CARA-CARA: 1. Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. 2. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi! 4. SEGARKAN BILIK AIRBAHAN-BAHAN: - 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh cuka
- 1 cawan air
CARA-CARA: 1. Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. 2. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum. Selamat mencuba!
|