CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Sarawak] PICKids: 920 dos pertama diberikan di bahagian Sibu sejak 7 Feb

[Copy link]
Post time 10-2-2022 10:14 AM | Show all posts |Read mode
SIBU: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) untuk yang berumur lima sehingga 11 tahun telah bermula di bahagian Sibu dengan 920 dos telah diberikan, sejak 7 Februari.

Menurut Jabatan Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) dalam satu kenyataan hari ini, jumlah tersebut melibatkan 620 dos di Sibu, 200 dos di Selangau dan 100 dos di Kanowit.

"Program ini dianggarkan melibatkan lebih kurang 32,000 kanak-kanak di Bahagian Sibu dan akan dijalankan di sekolah rendah sehingga bulan Mac 2022 untuk dos pertama.

"Kepada ibu bapa yang masih belum mendaftarkan anak-anak yang berusia antara lima hingga bawah 12 tahun untuk menerima vaksin kanak-kanak, segeralah daftarkan mereka untuk menerima vaksin COVID-19," ujarnya.

Sementara itu, vaksinasi dos penggalak COVID-19 untuk dewasa di Bahagian Sibu telah mencapai 187,158 dos sehingga 7 Februari 2022 iaitu 86.47 peratus daripada jumlah dewasa yang layak diberi sehingga akhir bulan Januari 2022.

"Semua golongan dewasa yang belum menerima dos penggalak digalakkan untuk mengambil vaksinasi tersebut secepat mungkin di mana-mana klinik kesihatan di Bahagian Sibu dan juga di beberapa klinik atau hospital swasta.

"Data untuk Malaysia menunjukkan individu yang belum divaksin adalah sembilan kali lebih berkemungkinan untuk dijangkiti dan 62 kali lebih berkemungkinan kematian akibat COVID-19 berbanding individu yang telah lengkap vaksin atau telah mengambil dos penggalak," jelasnya.

JPBBS telah bermesyuarat pada Selasa berikutan peningkatan kes COVID-19 di Bahagian Sibu.

"Berdasarkan kepada kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 7 Februari 2022, peningkatan ini turut berlaku di seluruh negara dan kemungkinan besar disebabkan oleh varian Omicron COVID-19.

"Pada 8 Februari 2022, Bahagian Sibu melaporkan 35 kes COVID-19, yang menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam beberapa hari yang lepas. Trend peningkatan ini berlaku semenjak sambutan Tahun Baru Cina pada 1 Februari 2022.

"Jumlah kes mingguan juga menunjukkan tren peningkatan iaitu dari 15 kes pada minggu Epid pertama (2 Jan – 8 Jan 2022) dan 19 kes pada minggu Epid ke-2 kepada 49 kes pada minggu ke-5 (30 Jan – 5 Feb 2022)," katanya.

Berkenaan situasi di hospital dan persiapan menghadapi peningkatan kes COVID-19, JPBBS memberitahu penggunaan katil di Hospital Sibu untuk kes COVID-19 masih rendah iaitu Bed Occupancy Rate (BOR) untuk wad COVID-19 sehingga hari ini masih di bawah 20 peratus.

"Hanya dua kes COVID-19 yang perlu bantuan oksigen buat masa ini di Hospital Sibu. Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang sedia ada di Bahagian Sibu masih kosong buat masa sekarang yang boleh memuatkan seramai 360 pesakit (200 Sibu, 100 Kanowit dan 60 Selangau).

"Sebuah PKRC baru untuk kes risiko tinggi sedang dibangunkan di dalam kawasan Hospital Sibu yang berkapasiti 100 katil dan bersedia digunakan dalam masa terdekat," jelasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.126188 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list