CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 2

[Sarawak] Pemantauan harga dan bekalan telur KPDNHEP Sarawak

[Copy link]
Post time 10-2-2022 02:38 AM | Show all posts |Read mode
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak membuat pemantauan bekalan telur ayam di sekitar Tabuan dan Kota Sentosa, Kuching hari ini.

Sumber: KPDNHEP Sarawak











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2022 02:40 AM | Show all posts
LAPORAN KESELURUHAN HARIAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDNHEP CAWANGAN SARIKEI

ASAS TUGASAN :
1. PEMERIKSAAN ALAT TIMBANG DAN SUKAT
2.PEMERIKSAAN PEMATUHAN SOP PPN FASA 4
3. PENGUATKUASAAN AKTA KPDNHEP
4. PEMERIKSAAN BEKALAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS
5. PEMERIKSAAN MINYAK MASAK TULEN DALAM BOTOL
6. PEMERIKSAAN SKIM HARGA MAKSIMUM KELUARGA MALAYSIA (SHMKM)
7. PEMERIKSAAN KEPERLUAN BARANGAN PAKAIAN SEKOLAH

TARIKH : 08.02.2022 @ Selasa

LOKASI PEMERIKSAAN : Sekitar Sarikei

RUMUSAN PEMERIKSAAN
Sebanyak 11 buah premis telah diperiksa di sekitar Sarikei yang melibatkan 4 orang anggota penguat kuasa.

Stok semasa bagi barangan-barangan yang disenaraikan oleh pihak Ibu Pejabat (25 item) iaitu kategori barangan kering, barangan segar, minuman dan lain-lain barangan adalah mencukupi untuk menampung permintaan pengguna.

Bekalan gula, minyak masak dan tepung gandum adalah mencukupi.

Premis mematuhi SOP PPN Fasa 4 yang ditetapkan oleh kerajaan.

Penandaan harga pada barangan yang dijual adalah baik dan memuaskan.

Secara keseluruhan alat Timbang Dan Sukat yang digunakan ditentusahkan dan masih dalam tempoh sah bagi tujuan perdagangan.

Keseluruhan premis yang diperiksa menjual minyak masak tulen dalam botol bekalan semasa mencukupi dan telah mengikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Stok semasa bekalan
Botol : 13.120 mt
Peket :  2.230 mt
Keseluruhan : 15.35 mt

Pemeriksaan premis bagi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) mendapati premis telah mematuhi harga yang telah ditetapkan mengikut senarai yang telah disenaraikan di dalam Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia. Premis juga telah meletakkan tanda harga berwarna merah jambu mengikut barang yang tersenarai dalam SHMKM.

Pemeriksaan pelaksanaan Barangan Keperluan Persekolahan peringkat peruncit telah dilakukan dan mendapati tiada berlaku kenaikan harga jualan bagi barangan keperluan sekolah yang dijual.

ADUAN DITERIMA : Tiada

TINDAKAN KES : Tiada

“PANTAS, CEKAP, EFEKTIF"

Sekian, terima kasih.
Seksyen Penguat Kuasa
KPDNHEP Cawangan Sarikei











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2022 02:43 AM | Show all posts
AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDNHEP CAWANGAN MIRI

ASAS TUGASAN:
PEMERIKSAAN HARGA MAKSIMUM AYAM & TELUR
PEMERIKSAAN BEKALAN DAN HARGA BARANGAN
PEMERIKSAAN PELBAGAI AKTA
PEMERIKSAAN PEMATUHAN SOP AKTA 342

TARIKH: 05.02.2022 (Sabtu)

LOKASI PEMERIKSAAN:
Premis sekitar Miri

RUMUSAN PEMERIKSAAN:

Pemeriksaan tanda harga, bekalan ayam & telur.  
-Tanda harga dipamerkan untuk jualan.
-Bagi penandaan harga Harga Maksimum Ayam & telur,premis yang dilawati mematuhi penandaan harga berlatar belakangkan merah jambu.
-Harga tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan.
-Bekalan telur dan ayam terdapat di pasaran.
-Tiada aktiviti menyorok bekalan dikesan semasa pemeriksaan dijalankan.
-Tiada elemen-elemen pembelian bersyarat dikenakan oleh premis bagi pembelian telur ayam.Namun premis ada menghadkan penjualan telur kepada 1 tray bagi setiap isi rumah bagi mengawal stok dan memastikan keberadaan bekalan telur di pasaran yg mempunyai permintaan yang tinggi.
-Tidak berlaku pembelian panik di kalangan pengguna bagi item ayam dan telur.

Bekalan GMT dan barang perlu yang lain mencukupi  dan tiada aduan berkaitan kekurangan bekalan barangan keperluan asas.

Pemeriksaan penggunaan alat timbang dan sukat didapati masih dalam tempoh tentusah dan boleh digunakan dalam aktiviti perniagaan.

Pemeriksaan Akta 342.
- Premis mematuhi SOP  yang telah ditetapkan oleh kerajaan.  
- Premis ada  menyediakan buku pendaftaran pelanggan, QR Code, Alat pengukur suhu, hand sanitizer,  penjarakan 1 meter dan menghadkan jumlah  kemasukan pelanggan dalam satu² masa.  

Sekian, terima kasih.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.122820 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list