CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Sarawak] Padah anak ugut bunuh bapa

[Copy link]
Post time 10-2-2022 02:29 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Padah ugut bunuh bapa berusia 73 tahun, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah bunuh terhadap bapanya Setar Naggar, 73, di kediaman mereka di Lorong 2 Sungai Apong Baru, sekitar jam 11.15 malam, 25 November 2021.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, anak lelaki pengadu telah mengamuk dan bertindak agresif serta mengeluarkan kata-kata ugutan bunuh dalam Bahasa Iban berbunyi ‘Nadai orang diau tinggal ngau aku, kak bunuh sikok orang’.

Pengadu dan anggota keluarga yang lain berasa takut dengan ancaman terbabit lalu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh sehari selepas kejadian.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.064692 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list