View: 405|Reply: 1
|
[Sarawak]
COVID-19: Satu kluster Tahun Baharu Cina, 184 kes harian
[Copy link]
|
|
COVID-19: Satu kluster Tahun Baharu Cina, 184 kes harian
KUCHING: Satu kluster komuniti dipercayai merebak dari sambutan Tahun Baharu Cina, ketika COVID-19 di Sarawak mencatatkan peningkatan sebanyak 184 kes baharu hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari berkata Kluster Semeba dikesan melibatkan sebuah kediaman persendirian di Kampung Semeba di sini.
Ia dipercayai berpunca daripada pergaulan sosial dan sejarah makan malam semasa sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari lepas.
Indeks kes kepada kluster telah dikesan melalui saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan pada 5 Februari.
Indeks kes juga mempunyai sejarah pulang dari Kuala Lumpur pada 31 Januari.
Daripada 139 orang yang disaring, 17 daripadanya didapati positif termasuk kes indeks sementara 122 individu lagi didapati negatif.
Dalam pada itu, jumlah kes baharu menjadikan jumlah kumulatif di Sarawak kini 253,400.
Sejumlah 181 tergolong dalam kategori satu dan dua manakala tiga kes adalah kategori tiga, empat dan lima.
Dari segi pecahan daerah Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 79 kes, diikuti Miri (39), Sibu (28), Lundu (10), Bintulu (8), Kapit (6), Limbang (4), Sarikei dan Samarahan masing-masing (2) dan Serian, Song, Meradong, Belaga, Lawas serta Kanowit (1).
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
COVID: Rise in new cases in Sarawak, with 128 reported Tuesday (Feb 8)
![](https://web14.bernama.com/storage/photos/d8a795db417372613f5fb86731556284620276bd0fa31)
KUCHING, Feb 8 -- The number of daily COVID-19 cases in Sarawak has risen to three digits, with 128 new cases reported today, said the State Disaster Management Committee (SDMC).
It said in a statement today that all the cases were either asymptomatic or mild symptoms.
On Feb 5, Sarawak had only 42 daily cases and the figure rose to 58 on Feb 6 and 84 on Feb 7.
The cumulative number of COVID-19 infections in Sarawak now stands at 253,216.
-- BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|