View: 564|Reply: 0
|
Jimin BTS... Selepas pembedahan apendiks, positif Covid-19 pula
[Copy link]
|
|
Jimin jalani rawatan Covid-19 selepas pembedahan apendiks.
SUDAH jatuh ditimpa tangga. Begitulah situasi yang boleh digambarkan tentang keadaan salah seorang anggota BTS iaitu Jimin.
Selepas menjalani pembedahan akibat apendiks, Jimin disahkan pula positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan.
"Pada 30 Januari, Jimin secara tiba-tiba mengalami sakit pada bahagian perut dan juga sakit tekak.
"Selepas membuat pemeriksaan di bahagian kecemasan, dia disahkan mengalami apendiks dan positif Covid-19. Jimin menjalani pembedahan apendiks pada 31 Januari.
"Pembedahan berjalan lancar dan dia kini sedang menjalani rawatan lanjut akibat Covid-19," jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Big Hit Music.
Jimin juga dilaporkan tidak mempunyai sebarang kontak dengan anggota BTS lain sebelum disahkan positif.
Terdahulu tiga anggota BTS iaitu RM, Jin dan Suga selesai menjalani kuarantin setelah disahkan positif Covid-19 hujung Disember lalu. SOOMPI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|