CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1233|Reply: 10

Rihanna sah mengandung anak A$AP Rocky

[Copy link]
Post time 1-2-2022 12:18 PM | Show all posts |Read mode

RIHANNA membiarkan beberapa keping foto fizikal atau penampilan terbaharu dirinya dengan 'baby bump' membuncit yang dirakamkan hujung minggu lalu di Bandaraya New York.

Rihanna sah mengandung anak A$AP Rocky

TIDAK lagi berselindung, penyanyi popular global, Rihanna hamil anak pertama hasil hubungan romantis dengan penyanyi rap, A$AP Rocky.

Rihanna atau nama sebenarnya, Robyn Rihanna Fenty mengesahkan kehamilan tanpa memberikan sebarang komen tentang perkara tersebut.

Bagaimanapun, wanita 33 tahun itu hanya membiarkan beberapa keping foto fizikal atau penampilan terbaharu dirinya dengan ‘baby bump’ membuncit yang dirakamkan hujung minggu lalu di Bandaraya New York.

Tampil bergaya, mogul fesyen itu dilihat menghabiskan masa bersama kekasihnya, Rocky. Rihanna tidak lagi berahsia tentang kehamilan anak sulungnya dan buat pertama kali, berkongsi kepada umum fizikal dirinya yang sedang hamil walaupun membisu seribu bahasa.

Sumber rapat membocorkan kepada majalah People bahawa Rocky telah berjaya ‘menjinakkan’ Rihanna dan pasangan selebriti itu tidak sabar dan sangat teruja bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

“Ramai lelaki mencuba untuk menjalin hubungan dengan Rihanna namun hanya Rocky yang berjaya melakukannya.

“Mereka sentiasa berseronok bersama. Sentiasa bergurau senda. Mereka suka habiskan masa bersama dan sangat mencintai antara satu sama lain.

“Rocky sangat menyayangi Rihanna sejak awal hubungan cinta. Dia (Rocky) tersangatlah romantik dan selalu memastikan bilik yang didiami Rihanna sentiasa dipenuhi jambangan bunga,” ujar sumber rapat seperti dipetik majalah People.

Mei tahun lalu, Rocky atau nama sebenarnya, Rakim Athelaston Mayers, 33, buat pertama kali mendedahkan kepada majalah GQ bahawa pelantun lagu Diamond itu merupakan cinta hatinya.

“Hidup lebih baik apabila dah berjumpa dengan orang yang kita sudah lama ternanti-nanti,” ujar Rocky.

Bagaimanapun, buat masa sekarang, belum ada perincian rasmi tentang usia kandungan Rihanna dan jantina anak pertamanya itu.

Rihanna dan Rocky sudah lama berteman rapat iaitu sejak 2012 namun hanya sekitar 2020 mengesahkan bahawa persahabatan mereka berputik menjadi hubungan cinta. – K! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... ung-anak-aap-rocky/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2022 01:07 PM | Show all posts
selamba je jln pake gitu...cubalh jln depan pav tgk
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 01:13 PM | Show all posts
fans riri kat twitter rengsa tgk sheols pregnant.. memasing2 tunggu riri comeback w new album.. last album die tahun 2016??
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 01:43 PM | Show all posts
entah apa pesyen, tapi pemuja mestilah puji
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 02:00 PM | Show all posts
nak kalahkan jah usap terpaling preknen kewww?

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke hanya aku saja yang baru tahu mereka sudah kenal lama.apa pun aku tetap suka lagu unfaithful.lagu2 lama dia tetap evergreen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai suka jah Rihanna ni jenis buat hal sendiri. Kalu tgk interview dia pun dia jenis selamba and cool jugak
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyways lawak sebab ada org saja oanggil Travis scott as “Asap Rocky” pastye kawan tue sentap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2022 10:48 PM | Show all posts
Sazzylicious replied at 1-2-2022 01:13 PM
fans riri kat twitter rengsa tgk sheols pregnant.. memasing2 tunggu riri comeback w new album.. last ...

watpe sibuk2 nak buat album tgh2 pandemik?diorg neh kluar new album kena buat tour lps tu.ramai je yg kena cancel tour.umur riri neh pun dah 30's.elok la buat apa yg buat dia happy.dia pun mmg nampak happy.aku pulak yg rengse tgk komen2  acik bawang kat sana walau aku tak minat langsung suara sengau si riri neh
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 03:34 PM | Show all posts
Trending sakan kt Twitter smlm.....ok la Rihanna dgn ASAP Rocky.....ASAP Rocky kurg gosip2 xelok dan nmpk syg kat Rihanna....founder jenama Fenty yg sah2 banyak duit kan....trus dah kurg menyanyi huhu....tapi fans Rihanna still xmove on dgn relationship Rihanna n Drake dulu...dah2 la tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss suka lagu diamond. Congrats lah kat dia, hope anak cantik mcm dia dulu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.062858 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list