View: 1222|Reply: 8
|
Kemelut cinta buatkan Adele batal persembahan
[Copy link]
|
|
Adele
Los Angeles: Kemelut cinta penyanyi Adele, 33, dan kekasihnya Rich Paul, 40, dikatakan menjadi penyebab dia membatalkan persembahan residen di Caesars Palace, Las Vegas pada saat-saat akhir, baru-baru ini.
Adele sepatutnya memulakan persembahannya yang dijadualkan berlangsung sehingga April di lokasi ikonik itu pada minggu lalu, namun dia nyata tidak bersedia melakukannya.
Sumber dalaman mendedahkan penyanyi Easy On Me itu tidak berhenti menangis sewaktu menjalani raptai persembahan itu.
Sesi raptai juga sentiasa terganggu kerana penyanyi itu bergayut di telefon dengan Paul. Malah, Adele didapati terus mengambil penerbangan ke Los Angeles dari Las Vegas untuk berjumpa kekasihnya sebaik pengumuman pembatalan persembahan itu.
Menurut laporan wartawan, tekanan yang dihadapi penyanyi itu berhubung kemelut cintanya membuatkan Adele tiada keyakinan untuk meneruskan aktiviti seninya.
Selain isu hubungan cintanya, Adele juga dikhabarkan tidak berpuas hati dengan reka bentuk set pentasnya.
Disebabkan pembatalan saat-saat akhir itu, slot persembahannya diambil alih penyanyi country, Keith Urban sehingga April nanti dan penukaran jadual persembahan Adele belum diumumkan.
Dalam pada itu, Adele turut dilaporkan menarik diri daripada membuat persembahan pada acara anugerah BRIT yang berlangsung 8 Februari ini.
Tindakan itu dikatakan cukup menyukarkan penganjur.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yeke pasl boyfriend?bukan psl tiket tak laku?toxic sgt hubungan tu sampai org lain kena tanggung rugi |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa pasal tiket tak laku ya tp klu batal pasal boyfriend kira mcm x professional ya tak mcm katy perry yg tetap perform after receiving text dr ex husband pasal nak divorce |
|
|
|
|
|
|
|
adele ni album dia makin lama ke arah american music,
album baru ni aku dengar 2-3 lagu dah malas nak dengar...
dah mcm dengar lagu2 disney... |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 2-2-2022 09:13 AM
adele ni album dia makin lama ke arah american music,
album baru ni aku dengar 2-3 lagu dah malas na ...
I pun setuju. I jadi tak brapa ngefans bila album baru title “30”, padahal beria dia kata dia taknak album nombor dah, sebab percaya trilogy. Pastu lagu semua pasal theme heartbroken |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarah_ary2 at 3-2-2022 03:21 PM
kakigojes replied at 2-2-2022 07:53 PM
I pun setuju. I jadi tak brapa ngefans bila album baru title “30”, padahal beria dia kata dia ta ...
Album baru ni kureng xde lagu yg best and x letops. Jarang sgt dgr org putar selain Easy On Me x mcm album 21 yg best best mcm Rolling in the Deep, Tuening Tables, Set Fire to the Rain dgn Rumour Has It.
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah_ary2 replied at 3-2-2022 03:19 PM
Album baru ni kureng xde lagu yg best and x letops. Jarang sgt dgr org putar selain Easy On Me x m ...
Exactly kan… lagu album 21 tu almost a year lagu dia back to back mendunia |
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes replied at 3-2-2022 06:20 PM
Exactly kan… lagu album 21 tu almost a year lagu dia back to back mendunia
Betul dalam tue memang banyak lagu hits and range lagu pun besar- maksudnya bukan slow ballad saja yg album baru ni dah dgr dah tp easy on me jah yg sedap di telinga |
|
|
|
|
|
|
| |
|