View: 1078|Reply: 7
|
Hukuman penjara Seungri dikurangkan
[Copy link]
|
|
Seungri
Seoul: Mahkamah rayuan mengurangkan tempoh hukuman penjara terhadap penyanyi Seungri, 31, dari tiga tahun kepada setahun enam bulan selepas dia mengaku bersalah terhadap satu daripada sembilan pertuduhan disabitkan kepadanya, semalam.
Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun mengaku bersalah atas kesalahan penyelewengan polisi tukaran asing berhubung isu perjudian antarabangsa yang disabitkan pada Ogos tahun lalu.
Bekas anggota BIGBANG itu dilaporkan menyesal atas pembabitannya dalam kes berprofil tinggi dikenali sebagai skandal Burning Sun berkenaan menyebabkan mahkamah memutuskan untuk mengurangkan hukuman.
Pada Julai tahun lalu, Seungri mulanya tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah mahupun sesal. Bahkan, dia sebaliknya menuding kesalahan itu kepada orang lain yang mendapat manfaat besar daripada kegiatan jenayah terbabit.
Susulan daripada perbicaraan pertama itu tahun lalu, Seungri kini masih dipenjara selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap.
Perbicaraannya dijalankan di mahkamah ketenteraan berikutan kes jenayah itu dibuat sewaktu dia memasuki khidmat tentera.
Perbicaraan ketiga akan datang bakal dikendalikan Mahkamah Tinggi Korea. Penyanyi itu dijangka akan dibebaskan dari penjara selepas selesai menjalani hukuman berbaki 13 bulan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya selagi dia dalam penjara BigBang tak buat comeback kot |
|
|
|
|
|
|
|
BEAST Jung Jun Young pun xde news skrg ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 31-1-2022 01:29 PM
BEAST Jung Jun Young pun xde news skrg ni.
Dia dalam penjara dah kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Korea pun corrupted...patutlah org berlumba2 nak kaya..while money cannot buy everything it sure ease your life a lot |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya, last iol bca psl dia ni, ada yg spotted dia dduk kat blai polis smbil bca komik lol tpi dia ni mmg fucked up, smua prmpuan dia rekod smbunyi2, yikes.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiol pun prnh trbca psl bnda yg sma, mmg corrupted pun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|