CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 0

Cardi B menang saman fitnah

[Copy link]
Post time 29-1-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Cardi B menang saman fitnah


CARDI B

Pemenang Grammy yang juga penyanyi rap, Cardi B menang saman fitnah membabitkan pencerobohan privasi dan menyebabkan tekanan emosi dengan niat yang dilakukan oleh YouTuber, Tasha K terhadapnya.

Cardi atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almanzar menerima bayaran saman keseluruhan berjumlah USD3,863,753.47 (RM16,189,127.04) sebagai ganti rugi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Cardi kepada media antarabangsa, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak juri yang bertungkus lumus di mahkamah dalam menyelesaikan urusannya.

"Beberapa tahun ini adalah tempoh yang sukar buat saya dan sekarang, semuanya sudah selesai.

"Terima kasih kepada barisan juri. Mereka menghabiskan masa mereka dan mencuri sedikit waktu daripada kehidipan mereka dalam menegakkan keadilan," katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh mahkamah, Tasha atau nama sebenarnya Latasha Transrina Kebe memfitnah Cardi dengan beberapa fitnah yang mengaibkan dan menjatuhkan reputasinya.

"Kebe menerbitkan beberapa kenyataan berbaur fitnah mengenai plaintif (Cardi) yang dikatakan sebagai pelacur, pernah menggunakan kokain dan menghidap penyakit herpes.

"Tindakan membuat dan menerbitkan kenyataan, serta menerbitkan video berbaur fitnah oleh defendan menyebabkan plaintif melalui tekanan emosi selain rasa aib serta mengganggu mental," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... menang-saman-fitnah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032127 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list