View: 495|Reply: 0
|
Kualiti Dawn FM, ‘DNA’ The Weeknd
[Copy link]
|
|
SELEPAS album terdahulunya, After Hours langsung tidak tercalon dalam Grammy, penganjuran acara muzik tersebut disifatkan sebagai ‘korupsi’ oleh The Weeknd.
Kualiti Dawn FM, ‘DNA’ The Weeknd
PEMILIK nama lengkap Abel Makkonen Tesfaye atau terkenal dengan nama pentas, The Weeknd muncul dengan diskografi terbaharu, Dawn FM yang memuatkan 16 buah trek.
Sebagai pencinta muzik The Weeknd, secara peribadi, penulis berani mengakui Dawn FM merupakan antara album studio terbaik yang pernah dihasilkan figura kelahiran Toronto, Kanada itu.
Ada banyak elemen bersifat luar biasa terkandung dalam album yang bernuansakan rentak muzik berinspirasikan jalur atau acuan 1980-an tersebut. Dance-pop dan synth-pop merupakan antara genre yang kuat didendangkan dalam album kali ini.
Selain muzik The Weeknd yang bersifat elit dan cemerlang serba-serbi, Dawn FM turut dipadukan dengan kolaborasi antara dirinya dengan nama besar seperti Jim Carrey berperanan sebagai ‘tukang cerita’, penampilan ‘spoken words’ Quincy Jones dan Josh Safdie serta penyanyi jemputan seperti Tyler, the Creator dan Lil Wayne.
Mendengar Dawn FM sepertinya membawa pendengar termasuk penulis ke stesen radio yang sangat memahami diri dari segi muzik.
Perkara tersebut bukan kepalang tetapi merangkumi pelbagai emosi yang memberi definisi bawah album kali ini merupakan pengenalan terbaik muziknya untuk kalendar 2022.
Selain itu, album kali ini juga memberi eksplorasi lebih mendalam penyanyi itu terhadap jalur muzik lain seperti EDM dan hip hop.
I Heard You’re Married (featuring Lil Wayne) yang duduk di tangga trek ke-14 merupakan salah satu lagu kegemaran penulis kerana berpotensi untuk berdiri sebagai karya arus perdana yang menjadi siulan ramai bertemakan hip hop dan dance-pop.
Sebuah lagi trek yang menduduki tangga teratas dalam senarai kegemaran adalah antem berjudul Sacrifice.Lagu berkenaan merupakan sebuah perkongsian muzik yang sangat kuat ‘DNA’ The Weeknd.
Diadun dengan cukup sempurna beremosikan petikan gitar electro-funk dan bunyian 1980-an turut mengambil ‘sample’ dari lagu malar hijau era tersebut seperti I Want To Thank You nyanyian Alicia Myers dan I’ll Do Anything For You (Denroy Morgan).
Sementara itu, ada kesinambungan cerita dalam single pertama iaitu Take My Breath dengan Sacrifice yang didedahkan menerusi bait lirik berbunyi ‘you offer yourself to me like sacrifice’.
The Weeknd bukan sahaja membikin muzik tetapi bercerita sekali gus membezakan dirinya dengan artis-artis lain. Secara keseluruhan, The Weeknd bukan hanya menulis album, tetapi mencipta satu trend muzik bersifat kekinian yang tiada tolak banding.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... -fm-dna-the-weeknd/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|