CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 766|Reply: 2

Wanita dakwa dirogol tuntut RM83.8 juta

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:40 AM | Show all posts |Read mode

CHRIS Brown. FOTO AFP

Los Angeles: Penyanyi Chris Brown disaman kerana merogol, dengan mangsanya mendakwa penyanyi itu memberi dadah dan menyerangnya di atas kapal layar di rumah mogul rap Diddy di Florida.

Wanita itu yang dinyatakan sebagai Jane Doe dalam pertuduhan di mahkamah menuntut $20 juta (RM83.8 juta) sebagai ganti rugi.

Menurut saman sivil yang difailkan pada Khamis dan diperlihatkan kepada AFP, Brown didakwa mempelawa wanita itu yang dikatakan seorang koreografer, penari, model dan artis muzikal, untuk menaiki kapal layar terbabit sejurus tiba di Miami pada 30 Disember 2020.

Dia mendakwa diberi minuman yang membuatkannya merasa "celaru dan fizikal tidak stabil."

Dalam pernyataan itu, Brown dikatakan membawa wanita berkenaan ke bilik tidur yang mana, walaupun wanita memprotes, Brown telah merogolnya.

"Peristiwa traumatik yang dialami plaintif Jane Doe sangat mengejutkan dan ia sepatutnya membimbangkan kita semua. Masanya tiba untuk menghantar mesej jelas kepada defanden Chris Brown bahawa 'cukuplah'," menurut saman itu.

Plaintif mendakwa saman dikemukakan untuk menuntut keadilan buat dirinya sendiri dan dia berharap menjadi iktibar kepada pihak lain.

Peguam Ariel Mitchell dan George Vrabeck memberitahu TMZ bahawa anak guamnya tidak melaporkan serangan itu kepada polis kerana malu.

Sementara itu, Brown yang merupakan pemenang Grammy meluahkan di Instagram berhubung berita berkenaan.

"Saya harap anda melihat 'pattern' ini (emoji topi biru)," tulisnya yang mana emoji topi biru digunakan untuk menunjukkan perkara yang tidak benar.

Dakwanya "setiap kali beliau mengeluarkan lagu baharu atau projek, 'MEREKA' cuba membuat onar."

Bagaimanapun Brown tidak menjelaskan siapa 'mereka' yang dimaksudkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 01:07 PM | Show all posts
oooo....ok
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Secara logik akal
Benda jenayah camni patut kita nak orang tu masuk jail
Tapi sheol nak duitnyaaa dulu
Benda tu pulak berlaku time tahun 2020
Macam......
make it make sense lerrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.186349 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list