CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Sarawak] Cekik bapa kerana tak diberi kunci kereta, penganggur dipenjara

[Copy link]
Post time 25-1-2022 11:49 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini akibat mencekik leher bapa kandungnya kerana tidak berpuas hati apabila tidak diberi kunci kereta.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali juga memerintahkan hukuman penjara bagi tertuduh, Ramlissari Malim, 23, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut, untuk dikuatkuasakan dari tarikh dia ditangkap pada 20 Disember 2021.

Berdasarkan pertuduhan, pemuda itu didakwa mencederakan bapanya yang berusia 47 tahun dengan mencekik leher mangsa dalam satu kejadian pada 20 Disember 2021, jam lebih kurang 5 petang di kediaman mereka di Kampung Selipar Putus di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh meminta kunci kereta daripada mangsa dengan cara memaksa pada hari kejadian.

Mangsa bagaimanapun enggan memberikan kunci tersebut kepada tertuduh susulan tertuduh tidak mempunyai lesen memandu kenderaan.

Tertuduh seterusnya melakukan kekerasan terhadap mangsa dengan mencekik leher mangsa.  

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka di pipi kiri kerana terkena jari tertuduh semasa dia mencekik leher mangsa.

Difahamkan, mangsa juga mengesyaki tertuduh terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2022/01/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 1.576932 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list