CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 1

[Sarawak] Jejambat terpanjang di Sarawak dibuka tengah malam ini

[Copy link]
Post time 25-1-2022 11:21 PM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Jejambat Nyabau, Pakej Kontrak Kerja 10 Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB), akan dibuka kepada orang awam bermula pukul 11:59 malam ini (25 Jan), demikian menurut Unit Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya Sarawak.

Jejambat sepanjang 1.2 kilometer dan terpanjang di Sarawak itu dibuka dari laluan utama menuju ke arah Miri, bermula dari arah lampu isyarat Bintulu ke Miri, dan laluan utama menuju ke arah Sibu, bermula dari lampu isyarat Bintulu ke Sibu.

"Jejambat Nyabau merupakan salah satu jejambat (interchange/flyover) yang terdapat di bawah jajaran seksyen Nyabau iaitu salah satu daripada tiga jajaran seksyen di bawah WPC10 selain daripada jajaran seksyen Niah dan Bakun," katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Para pengguna jalan raya diingatkan untuk berhati-hati apabila menggunakan jejambat ini seperti mematuhi had kelajuan maksima (60 kilometer sejam), tidak melepak atau berhenti di atas jejambat, tidak melakukan vandalisme, berlumba serta berjalan atau berlari (jogging) di atas jejambat berkenaan demi keselamatan semua.

Selain itu katanya, para pengguna jalan raya juga dinasihati merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan LPB.


utusanborneo.com.my/2022/01/25
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2022 12:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.041606 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list