CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Sarawak] Penemuan gas: Pendapatan Sarawak dijangka terus bertambah

[Copy link]
Post time 25-1-2022 01:36 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak terus mendapat rahmat apabila empat penemuan kawasan baharu gas ditemui di negeri ini.

Dengan itu nanti, menurut Ketua Menteri Datuk patinggi Abang Johari Tun Openg, pendapatan Sarawak dijangka terus meningkat, dan seterusnya bakal memberi manfaat kepada rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Katanya, pendapatan daripada  hasil sumber asli dari Bumi Kenyalang itu nanti akan dapat digunakan untuk membantu rakyat dan membawa pembangunan ke negeri ini selaras dengan impiannya menjadikan Sarawak sebagai negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Ada cara saya dapatkan pendapatan yang bertambah untuk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada satu majlis di sini pada malam Ahad.

“Yang penting kita ada kerajaan yang stabil dan perpaduan kita kukuh. Dengan itu, kita dapat teruskan usaha membangunkan Sarawak dengan hala tuju yang jelas,” katanya lagi.

GPS pimpinan Abang Johari memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN dalam PRN-12 pada 18 Dis lalu menjadikan Sarawak kerajaan paling kukuh dan stabil ketika ini.
Kawasan penemuan yang dimaksudkan ialah  Balingian.

Khabar gembira tersebut diumumkan Naib Presiden Cari Gali Huluan Petronas, Emeliana Rice-Oxley di Kuching pada 8 Jan lalu.

Emeliana  dipetik berkata, gas tersebut ditemui di telaga cari gali ‘wildcat’ Hadrah-1, Blok SK411 yang terletak di perairan cetek wilayah Balingian, kira-kira 170 kilometer barat laut dari pesisir Sarawak.

“Usaha tersebut dilaksanakan anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd.

Setakat November tahun lalu katanya, Telaga Hadrah-1 telah digerudi sehingga kedalaman 1,850 meter.

“Gas tersebut ditemui dalam jujukan tebal batu pasir dan takungan karbonat berkualiti tinggi, pada kira-kira 200 meter,” katanya.

Penemuan ini jelas Emeliana, memberi harapan positif bahawa akan ada penemuan lain akan ditemui di kawasan yang belum diterokai di kawasan Balingian seperti Kitaran I, II dan III; dan ini membayangkan kawasan ini boleh dikomersialkan.


sarawakvoice.com/2022/01/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.538774 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list