KANOWIT: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu sebuah premis kedai di sini yang menyimpan pelbagai spesis haiwan terlindung, hari ini.
Menurut kenyataan SFC, dalam serbuan tersebut turut dirampas satu bungkusan seberat 22.41 kilogram (kg) disyaki kulit tenggiling.
“Turut dirampas, dua ekor Burung Tiong, tiga ekor Burung Punai, dua ekor Burung kapas Tembak, tiga ekor Burung Murai Kampung, dua ekor Burung Murai Batu, dua ekor Burung Perling Mata Merah, seekor Burung Kakak Tuan, tiga ekor labi-labi dan seekor kura-kura,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, suspek, 58, telah dibawa ke Balai Polis Kanowit manakala barang rampasan dibawa ke Pejabat SFC Wilayah Sibu untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, Kes disiasat di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Bab 26).
RAMPAS…22.41 kilogram kulit tenggiling yang dirampas.
BURUNG… yang disimpan dalam sebuah premis kedai di Kanowit.
LABI-LABI… yang disimpan dalam sebiah premis kedai di Kanowit.
by suaraswk
January 21, 2022 |