Edited by Vellfire at 21-1-2022 03:19 PM
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220121/c9cef532-2f98-4a33-b1a9-806dad8c7dc8.jpeg)
REMPUH: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa di dalam kenderaan jenis sedan yang dinaikinya selepas merempuh bahagian belakang lori tiga tan.
KENINGAU: Seorang warga emas lelaki parah selepas merempuh lori tiga tan di Pekan Sook di sini kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook Razlan Aridy berkata kejadian jam 6.05 petang itu membabitkan sebuah kereta sedan dinaiki mangsa dan sebuah lori tiga tan yang membawa muatan kelapa sawit.
“Kenderaan dinaiki mangsa yang berumur 66 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang lori terbabit.
“Kejadian menyebabkan mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan pasukan bomba yang bergegas ke lokasi segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dari kenderaan berkenaan,” katanya.
Menurutnya mangsa yang berjaya dikeluarkan mengalami kecederaan parah dan diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital menaiki kenderaan polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah operasi keseluruhan ditamatkan jam 6.50 petang.
utusanborneo.com.my/2022/01/21 |