![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220121/kks-ub210122-ysh-durian.jpg)
DURIAN TEMBAGA: Zulkefli menunjukkan durian tembaga yang dijual di Pasar Terbuka Ranau.
RANAU: Musim buah-buahan di daerah ini mampu menjadi tarikan kepada para pengunjung dari dalam atau luar negeri.
Pengerusi Persatuan Penjaja Buah dan Sayuran Pasar Terbuka Ranau Zulkefli Abd. Ghani berkata, Ranau kini mengalami musim buah-buahan tempatan seperti durian, mangga manis, manggis, tarap, langsat, golden melon, nenas dan banyak lagi.
"Musim buah terutama durian kini mula sejak awal tahun dan dijangka berakhir pada bulan Mac depan.
"Antara jenis buah durian yang banyk dijual dipasar terbuka sekarang ini ialah, D8, D24, D101, D96, durian besara, tembaga, durian kawin, sukang, tembaga hijau, Tarap, rambutan dan banyak lagi.," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dia berkata, durian di sini dijual dengan harga RM4 sehingga RM15 sekilo kecuali buah durian Musang King memcecah RM60 sekilo.
Katanya, Pesta Durian peringkat daerah Ranau tahun ini belum pasti dapat dianjurkan kerana masih bergantung kepada kelulusan kerajaan ekoran pandenik COVID-19 belum reda.
utusanborneo.com.my/2022/01/21 |